1. THE RISE OF MALAYSIAN DESIGNERS
FASHIONVALET
Laman web fesyen dalam talian tempatan, FashionValet melancarkan coffee table book yang didedikasi khas buat pereka fesyen tempatan. Buku ini menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan seperti Afiq M, Alia Bastamam, dUCk, Fizi Woo, INNAIRED, Khoon Hooi dan lain-lain lagi. Pembaca dapat mengenali lebih lanjut tentang setiap pereka fesyen termasuk kisah perjalanan mereka, kisah peribadi serta dapat mengamati sendiri foto-foto eksklusif oleh setiap jenama.