3. WHY I TRAVEL: THE JOURNAL OF A BLIND HIKER
AZIFF AZUDDIN
Edaran: MPH Sdn Bhd
Penulis Aziff Azuddin yang juga seorang wartawan banyak meluangkan masa terluangnya dengan mengembara bersama teman-teman mahupun keluarga sama ada di seluruh pelosok Malaysia mahupun luar negara. Setiap kembaranya hadir dengan pelbagai kisah menarik terutamanya tentang lokasi-lokasi unik, individu serta komuniti yang ditemuinya sepanjang perjalanan. Bahasa dan corak penulisan ditulis dengan penuh warna-warni disulami dengan beberapa imej peribadi sesuai buat tatapan semua.