Team EH! bersama pelakon jelita, Siti Saleha mengembara ke Da Nang, bandaraya ketiga terbesar di Vietnam bermula 20 April hingga 23 April 2012 menggunakan syarikat penerbangan Air Asia. Menyusuri sungai sambil melewati hampir 400 kedai, kafe dan rumah-rumah yang mempunyai pengaruh binaan Perancis serta melihat tanglung penuh warna-warni dalam pelbagai bentuk mencatat memori yang mungkin tidak akan dilupakan.
Berbeza dengan bandaraya lain, Da Nang tidak dihiasi bangunan pencakar langit yang megah menjulang angkasa, sebaliknya ia sebuah bandaraya yang tenang. Di sepanjang perjalanan, terdapat deretan bangunan menarik yang tersergam indah di kiri dan kanan jalan. Rupa-rupanya bangunan tersebut adalah dewan perkahwinan dan dekorasinya persis bangunan seni di Perancis.
Penginapan team EH! dan Siti Saleha bertempat di Hotel Hyatt Regency Danang Resort & Spa. Hotel bertaraf lima bintang ini dibina menghadap Laut China Selatan dan memiliki landskap serta reka bentuk yang cukup menakjubkan. Ibarat syurga yang berada di dalam dunianya yang tersendiri. Cukup membuai rasa.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengembaraan mereka serta pelbagai lagi lokasi menarik di Da Nang? Jangan lupa dapatkan EH! Jun ini. Ikuti juga sedikit fakta menarik tentang Da Nang.
Menarik Tentang Da Nang:
- Kenderaan dipandu di sebelah kiri
- Lebih banyak motorsikal dan basikal di jalan raya berbanding kereta
- Merupakan pengeluar marmar terbesar di Vietnam
- Melepak sambil makan di meja dan bangku kecil adalah budaya mereka