1. Gunakan kaedah “Sandwich Break Up”.
Apabila anda ingin bercakap tentang perkara hati kepada pasangan, gunakan kaedah ‘sandwich break up’, ia pasti membantu! Cara ini mungkin akan menjadi toxic kepada hubungan anda, namun jika anda berasa lebih selamat tentang kaedah ini, mungkin anda akan melaluinya dengan senang.
EH! mengesyorkan anda untuk menggunakan kaedah sandwic seperti “Mulakan dengan pujian dahulu, kemudian kongsi mengapa hubungan itu berakhir dan kemudian berakhir dengan pujian.” Namun apabila anda berkongsi mengapa anda ingin berpisah, jangan fokus pada sebab negatif. Sebaliknya, fokus pada fakta tentang nilai, visi hidup dan matlamat anda dan kenapa anda berdua tidak sesuai.