Kalau anda seorang pencinta matcha tegar, artikel ini memang untuk anda!
Daripada matcha latte yang creamy, dessert berwarna jade yang menggoda, hingga ke suasana kafe yang cozy dan Instagrammable, EH! sudah cuba dan rasai sendiri untuk pastikan hanya yang terbaik masuk dalam senarai ini.
Sama ada anda ingin chill bersama rakan, me-time dengan buku kegemaran atau sekadar mencari spot OOTD yang aesthetic, panduan ini akan menjadi kompas anda untuk menikmati cita rasa terbaik.
Hidupkan enjin kereta untuk perjalanan rasa yang memanjakan deria, ini adalah 5 kafe Matcha Lovers Guide pilihan EH! yang tidak boleh anda lepaskan.
1. Cha-ba-Shi Ra di Seibu, The Exchange TRX – Khairul Abidin, Pengarah Kreatif
Seorang kawan baik yang juga penggemar matcha memperkenalkan saya dengan kafe ini dan sejak itu Cha-ba-Shi Ra menjadi destinasi kegemaran saya setiap kali berada di The Exchange TRX. Apa yang saya suka, sambil menunggu pesanan, saya dapat melihat sendiri proses penyediaan minuman dimana pengalaman yang membuatkan saya rasa lebih ‘engaged’ dan menghargai seni di sebalik secawan matcha.
Memandangkan saya sering menghadiri pelbagai acara di kawasan ini, saya mempunyai banyak alasan untuk kerap singgah menikmati hidangan matcha yang autentik di sini.
2. Betterdays Slow Coffee Bar Bangsar – Amirul Ariffin, Pengarah Seni
Suasana di Betterdays Slow Coffee Bar benar-benar sesuai dengan namanya, tenang, perlahan dan membuatkan anda mahu duduk berlama-lama. Di sini, saya paling gemar menikmati Matcha Latte mereka yang mempunyai rasa seimbang, tidak terlalu manis dengan aroma matcha yang kaya dan tekstur yang halus.
Bagi saya, ia tempat ideal untuk ‘unwind’ selepas hari yang sibuk atau mencari inspirasi untuk berkarya. Dengan konsep ruang yang minimalis dan cozy, setiap kunjungan terasa seperti rehat seketika.
3.HEJAU The Gasket Alley – Farah Ain, Penolong Penerbit EH!
Kalau anda sukakan kombinasi manis dan segar, Matcha Strawberry di HEJAU wajib anda cuba. Minuman ini menyatukan rasa matcha yang earthy dengan kelembutan susu dan keenakan strawberi segar, mencipta keseimbangan rasa yang menyenangkan di setiap tegukan.
Setiap kali ke The Gasket Alley, ini adalah minuman pertama yang saya pesan. Suasananya juga santai dan cozy, menjadikannya tempat terbaik untuk ‘healing’ sambil menikmati minuman hijau kegemaran saya.
4. The Clubé – Erdina Hairi, Penolong Penerbit EH!
Matcha dan tiramisu dalam satu cawan? Yes, give me 10 of it! Bermula di Pasar Seni, The Clubé memperkenalkan Tiramisu Matcha Latte, iaitu gabungan mewah Ajisai Matcha dan krim mascarpone yang lembut, dihias dengan sepotong tiramisu di atasnya.
Awalnya, saya fikir kombinasi ini pelik dan mungkin terlalu berat. Tetapi selepas satu tegukan, saya terus jatuh hati. Rasanya seimbang matcha yang tidak terlalu pahit, kemanisan yang cukup dan berkrim yang terus buat saya terngiang-ngiang nak minum lagi. Dengan hanya RM22, setiap cawan terasa seperti satu indulgence yang sukar ditolak.
5. – Eqa Zulkifli, Penolong Penerbit EH!