Kunjungan EH!xperience ke Cor Blimey! British Fish & Chips bukan sekadar makan siang biasa, ia adalah perjalanan rasa yang membawa jiwa jauh ke pesisir pantai Hampshire.
Cor Blimey! Maksudnya Wow atau Wah! berasal dari sebuah slang British yang menggambarkan rasa teruja, ps! Memang sesuai dengan pengalaman di sini. Begitu melangkah masuk ke restoran Cor Blimey! British Fish & Chips cawangan Hartamas, suasananya langsung terasa berbeza. Interiornya hangat dengan dekorasi budaya Inggris, lengkap dengan memorabilia dan peta UK yang menghiasi pelan dinding.
Rasanya seperti sedang berada di sebuah fish and chip shop di London.
EH!xperience mencuba Cor Blimey! British Fish & Chips, pengalaman autentik bukan hanya dari segi rasa, tapi juga kualiti yang memikat hati.
Cerminan dari tekad sang pendiri, Adam Hanrahan yang berasal dari Hampshire, sudah teradat dengan suasana membesar iaitu sajian fish and chips yang disajikan oleh chippies lokal.
Ketika pindah ke Malaysia, Adam kemudian mengubah versi lokal fish and chips yang biasanya menggunakan ikan berbalut roti dan kentang goreng beku kepada bahan premium dengan cita rasa asli Britania.
Maka lahirlah Cor Blimey di awal tahun 2016, memperkenalkan versi autentik hidangan Inggris Muslim-friendly dan kini mempunyai 3 cawangan antaranya, SS15 Subang Jaya, Damansara Uptown dan Sri Hartamas.
Antara daya tarikan utama ialah kentang goreng potong tebal buatan sendiri, yang digoreng dua kali untuk menghasilkan tekstur sempurna. Rangup di luar dan lembut, gebu di dalam.
Kentang yang digunakan dipilih dengan teliti berdasarkan kandungan kanji dan tekstur, sebelum dikupas dan dipotong secara manual di dapur.
Menu pilihan EH!xperience di Cor Blimey! British Fish & Chips yang anda wajib cuba:
1. COD Fish N Chips Set with Mushy peas and Curry Batter
Sekilas pandang, lapisan luar ikan tampak keemasan dan rangup, memberi petanda awal yang sangat menjanjikan. Apabila dipotong, isi ikan COD memberi sensasi “crispy bite” yang lebih menyeronokkan di setiap kunyahan. Apa yang benar-benar membezakan ialah adunan curry batter.
Rempahnya cukup seimbang, tidak terlalu pedas tapi cukup memberi kehangatan dan karakter. Diadun bersama mushy peas klasik dan sos kari pekat di sisi, rasanya mengimbangi kekayaan tekstur ikan dengan kelembutan puri kacang hijau yang lemak manis.

2. Pan Seared Sea Bass (Siakap) with Butter Rice
Ikan siakap yang dimasak secara pan seared memberikan rasa yang premium dan unik. Inti ikan yang lembut dengan rasa yang ringan serta tekstur bermentega menjadikan setiap suapan sangat nikmat. Butter rice yang disajikan bersama pula menambah kelazatan hidangan ini, memberikan aroma dan rasa yang kaya tanpa mengatasi keaslian rasa ikan.

3. Family Feast
Kami rekomendasi ini!
Memang sangat mengujakan untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan. Hidangan ini lengkap dengan 4 jenis ikan yang berlainan, setiap satu disalut dengan batter berperisa unik yang memberikan kepelbagaian rasa. Terdapat 2 ketul Atlantic Cod, 2 ketul Cherry Snapper, 2 ketul Ocean Perch, dan 2 ketul Dory, kesemuanya berjumlah 8 ketul ikan untuk satu set keluarga.
Selain ikan, hidangan ini turut disertakan dengan pelbagai sampingan seperti kentang goreng rangup (chips), mashed potato yang lembut dan berkrim, mushy peas yang pekat, baked beans yang manis berperisa, dan chunky coleslaw yang segar serta berkrim. Tidak ketinggalan, garlic butter rice yang harum, telur jeruk, gherkin yang masam manis, serta sos tartar dan cuka sebagai pelengkap rasa.

4. Seafood Board
Set ini terdiri daripada pilihan terbaik “bits n’ pieces” makanan laut terdiri daripada Calamari Rings yang garing di luar tetapi lembut di dalam, Mussels in Batter yang enak dan berperisa, Fish Fingers, Crispy Whitebait Herrings dan “Firecracker” Prawn Scampi yang pedas manis memberikan sentuhan rasa yang berani. Tidak lupa juga Fish Cakes yang lembut dan penuh rasa laut!
Set ini dilengkapi dengan telur jeruk (pickled egg), gherkin yang segar dan masam manis, serta dua jenis sos pencicah iaitu Tartar Sauce dan Thousand Island Sauce yang menambah keenakan setiap suapan.

5. Chicken & Mushroom Pie with Chips and Baked bean
Pai ini diisi dengan isi ayam yang berketul, cendawan segar dan sayur-sayuran yang dimasak perlahan dalam sos putih berkrim, menjadikannya kaya dan lembut pada setiap suapan.
Hidangan ini juga disajikan bersama onion gravy yang pekat dan beraroma. Tidak ketinggalan, chips yang rangup dan baked beans yang manis berperisa memberikan keseimbangan rasa dan tekstur pada hidangan ini.
6.Seafood Chowder
Hidangan ini menampilkan potongan besar ikan putih campuran yang segar, udang harimau yang manis, serta kerang mussels yang berjus, semuanya dimasak sempurna dalam kuah putih yang pekat dan berkrim.
7. Lemonade Ginger, Lemonade Lychee & Lemonade Strawberry
Lemonade Ginger menyajikan kesegaran limau yang dipadukan dengan kehangatan halia, memberikan rasa yang sedikit pedas dan menyegarkan.
Lemonade Lychee pula memikat dengan gabungan limau dan leci yang manis dan harum, sangat sesuai untuk mereka yang suka rasa buah-buahan tropika yang ringan.
Lemonade Strawberry membawa rasa limau yang masam segar bersama manisnya strawberi, mencipta minuman yang ceria dan menyegarkan.

8. Deep Fried Mars Bars
Hidangan ini menampilkan kepingan coklat bar “Mars” yang dibalut dengan batter rangup dan digoreng sehingga keemasan.
Setiap gigitan memberikan gabungan rasa coklat yang meleleh di dalam bersama tekstur luar yang rangup dan garing , sangat memuaskan!
9. Famous Apple Crumble Trio (Apple Berry Crumble, Apple Mango Crumble, & Apple Lychee Crumble)
Akhir juadah, kami akhiri dengan pencuci mulut yang memikat dengan tiga variasi crumble yang unik dan lazat!
Setiap crumble dipenuhi dengan ketulan epal yang manis dan segar, dipadankan dengan buah-buahan tambahan seperti beri, mangga, dan laici yang memberikan rasa buah tropika yang berbeza-beza. Kesemua crumble ini disapu dengan sedikit serbuk kayu manis yang harum dan dihiasi dengan lapisan crumble yang rangup di atasnya.
Sekiranya ingin membuat Tempahan Meja, boleh tekan pautan: http://www.corblimeymy.com/reserve-with-us
Lokasi (Google Map):
- SS15 Subang Jaya (03-5611 3358 / wa: 017-623 8297)
- Damansara Uptown (03-7733 8358 / wa: 019-623 8729)
- Sri Hartamas (03-6211 2215 / wa: 019-623 8179)
Operasi:
Isnin Tutup
Selasa – Khamis: 5pm – 10pm
Jumaat – Ahad: 12pm – 10pm