Tea + Tisane Pairings
Gabungan teh tulen dan herba supercharged disajikan bersama kudapan seperti Truffle Mushroom Pielette dan Vegan QEII Chocolate Crumble. Anda akan dibimbing untuk menyeduh dengan air bersuhu sempurna, sambil menikmati keharmonian rasa yang lembut dan menggoda.
- Langkah pertama: Pilihan Teh & Tisane
Tetamu diberi pilihan untuk memilih antara teh tulen premium (seperti Oolong, White Peony, atau Pu-erh) atau tisane supercharged yang terdiri daripada ramuan herba seperti chamomile, lavender, atau lemon balm.
Setiap pilihan akan disediakan dengan air yang dipanaskan ke suhu ideal, sesuai dengan jenis teh, agar setiap cawan mencapai keharuman dan profil rasa terbaik.
- Langkah kedua: Penyediaan Meja Sisi (Tableside Brewing)
Peralatan menyeduh tersedia di meja anda. Ini bukan sekadar aktiviti, tetapi satu bentuk meditasi. Perlahan-lahan, anda akan menuang, menanti dan menikmati aroma yang hangat.
- Langkah ketiga: Padanan Kudapan (Pairings)
Untuk melengkapi rasa teh, padanan manis dan masin disediakan seperti:
Savuri – Truffle Mushroom Pielette / Hummus, Pickled Jalapeno & Sundried Tomato Pielette / Sambal Shrimp Pielette
Manis – Tangerine Red Bean Cake, Poached Pear Dadar / Vegan QEII Chocolate Crumble / Premium Butter Cake / Mini Scone with Butter or Clotted Cream & Rasberry Jam / Kudzu Mochi
Alamat Flagship Beca Tea:
Lokasi: 61, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Operasi waktu: Isnin–Khamis: 11 pagi – 10 malam | Jumaat–Ahad: 11 pagi – 10:30 malam
Baca: EH!xperience: Cor Blimey! British Fish & Chips, Cita Rasa Asli Britania