Setiap kali rindukan ramen Jepun, restoran Ramen Minamo pantas melintasi minda, menjadi pilihan utama saya untuk singgah menikmati ramen autentik Tokyo yang halal.
Setiap kali melangkah masuk ke Ramen Minamo di Desa Sri Hartamas, saya terasa seolah-olah dibawa terus ke lorong dan restoran Tokyo.
Aroma sup yang mendidih perlahan-lahan menyambut, bunyi sudu menyenduk kuah panas, dan kehangatan restoran yang ringkas tapi nyaman membuatkan hati tenang.
Apa yang saya sukai tentang Ramen Minamo adalah menunya yang sentiasa berubah setiap tiga bulan dan ada juga masih mengekalkan ramen popular, memberi peluang untuk merasai sesuatu yang baharu setiap kali kunjungan.

Kali ini, saya mencuba Beef Miso, air daging yg direbus dengan teliti menggunakan air dengan pH 7.6, digabungkan beef tendon, halal white dan red miso, dried Japanese bonito, fermented fish sauce, Japanese kelp, seaweed, sun-dried salt, dan classically brewed soy sauce. Hasilnya, kaldu (broth – air daging yg direbus) Beef Miso rasa kaya, seimbang dan penuh lapisan rasa yang menenangkan.
Topping untuk ramen ini bukan sekadar hiasan, setiap elemen dirancang untuk menambah tekstur dan rasa. Dari 60°C roast beef, minced beef, tender beef tendon, crispy beef chips corn, hingga purple cabbage, green chillies, bean sprouts, Japanese leek, green sansho pepper, white onion, garlic, dan wagyu oil, setiap suapan adalah kombinasi sempurna antara rasa dan tekstur.
Ramen di sini juga istimewa mengunakan teknik hand-rolled dengan ketebalan 2.00mm dan 300mm panjang, memberikan pengalaman mengunyah yang autentik seperti di Tokyo.

Selain itu, saya tidak lepaskan peluang untuk mencuba Tsuke Men, iaitu mi kering dengan dipping broth yang memerlukan kesabaran untuk menikmatinya, tetapi hasilnya? Padu dan memuaskan.

Kegemaran setiap kali kunjung, Kinoko, creamy mushroom broth yang lembut, pekat, dan menenangkan.
Tidak lengkap tanpa side dish. Saya gemar memesan grilled gyoza yang rangup di luar, lembut di dalam, dan fried chicken yang juicy, semuanya halal. Setiap hidangan menunjukkan perhatian teliti daripada chef Jepun yang mengendalikan dapur, memastikan setiap rasa dan tekstur berada pada tahap terbaik.
Di sebalik keautentikan ini ialah hasil tangan dari Chef Chihiro Miyazaki, pengasas Tokyo’s Michelin Bib Gourmand Soranoiro Ramen. Bersama dengan pemilik yang sama untuk Kingyu, Kyomo, Itsumo, dan Asumo, beliau membawa cita rasa Tokyo sebenar ke Kuala Lumpur.
Sering kali saya datang ke sini, kadang bersama rakan, kadang bersama pasangan, dan setiap kali itu pengalaman yang berbeza.
Dari bunyi mi dicelup ke kuah panas, ke aroma gyoza yang menyusup ke hidung, hingga ke senyuman chef yang tekun di dapur, semuanya membuatkan Ramen Minamo lebih daripada sekadar restoran, tetapi pengalaman rasa Jepun yang sebenar di tengah kota.
Baca: EHxperience: Kehalusan Seni Pastri Jepun di Kotsu Kotsu


