1. Positano Risto
Nikmati masakan Itali autentik yang mesra Muslim dengan semua hidangan disediakan menggunakan bahan-bahan halal, tanpa unsur daging khinzir atau alkohol menjadikannya pilihan yang ideal untuk semua lapisan masyarakat, khususnya umat Islam.
Di bawah pimpinan Chef Roberto Mancini, seorang chef Itali yang berpengalaman selama lebih 30 tahun, menu di Positano Risto kini menggabungkan rasa klasik Itali dengan elemen moden. Antara hidangan baharu yang diperkenalkan termasuk:
- Selezione Di Bruschette
- Burrata Alla Caprese
- Ravioli Di Ricotta E Spinaci
- Pollo Al Rosmarino
- Pencuci mulut seperti Tiramisu dan Vulcano.
Restoran ini terletak di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran percuma dengan pesanan minimum melalui Grab Food atau Food Panda.
Lokasi : Blok C1, Lot 2, Aras G3, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Setiap hari (11 pagi hingga 10 malam)