3. Stefania Restaurant KL
Stefania Restaurant KL adalah bintang baru dalam dunia kulinari Itali yang terletak di lokasi premium di tengah kota, restoran ini memikat hati para pencinta makanan dengan suasana eksklusif dan hidangan autentik yang memancarkan rasa dari Itali.
Setiap sudut restoran direka dengan cita rasa tinggi, menampilkan hiasan dalaman moden yang serasi dengan unsur klasik Mediterranean. Stefania Restaurant KL menghidangkan pelbagai masakan Itali yang memikat, menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan rasa yang asli. Antara hidangan utama yang popular termasuk:
- Polpettine Fritte
- Ravioli Ricotta E Spinaci
- Australian Wagyu Rib Eye
- Chocolate Cheese Cake
- Classic Traditional Tiramisu
Lokasi : Unit 1.02, G floor, NAZA Tower, Platinum Park, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Waktu operasi : Setiap hari (12 tengah hari hingga 10.30 malam)