Mencari restoran menarik dan terkini di The Exchange TRX? #EHxperience bawakan anda ke pengalaman kulinari terbaik, restoran pilihan dan sajian lazat yang pasti menggoda selera.
Pusat beli-belah The Exchange TRX bukan sekadar syurga fesyen dan kecantikan. Malah turut menampilkan deretan restoran dan kafe yang terkenal, menawarkan suasana unik dan ‘Instagram-worthy’.
Apa yang membezakan The Exchange TRX daripada lokasi makan lain ialah gabungan suasana urban dan eksklusiviti mewah, menjadikannya destinasi ‘must-visit’ untuk sesiapa yang ingin menjadikan aktiviti makan sebagai satu pengalaman gaya hidup.
Dari sajian tempatan yang autentik hingga ke hidangan antarabangsa yang pelbagai, #EHxperience rekomendasi beberapa restoran yang wajib anda kunjungi untuk next food adventure anda di The Exchange TRX.
1. Cafe Colombo
Café Colombo merupakan restoran yang menawarkan pengalaman kulinari Sri Lanka yang autentik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Terletak di aras 2, Dining Terrace, The Exchange TRX, restoran ini memadukan cita rasa tradisional Sri Lanka dengan sentuhan moden yang elegan, mencipta suasana yang hangat dan selesa.
Menampilkan reka bentuk dalaman yang diinspirasikan oleh Sri Lanka, dengan elemen-elemen seperti pokok palma dan perabot kayu klasik yang memberikan suasana santai namun mewah. Antara hidangan popular yang anda harus cuba; Lamprais iaitu nasi yang dimasak dengan rempah ratus khas, disajikan bersama daging dan sambal, dibungkus dalam daun pisang.
- Alamat: L2T.08.0 & L2T.09.0, Aras 2, Dining Terrace, The Exchange TRX, Kuala Lumpur
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
2. Busaba
Nama “Busaba” bermaksud “bunga” dalam bahasa Thai, mencerminkan suasana restoran yang elegan dan tenang. Dengan kapasiti sehingga 110 orang, restoran ini menawarkan ruang makan yang moden dengan dominasi elemen kayu, memberikan suasana yang selesa dan mewah.
Busaba dikenali dengan hidangan Thai yang autentik dan pelbagai. Antara hidangan yang disyorkan; Tom Yam, Mango Sticky Rice dan Kari Hijau yang berasaskan santan dengan pilihan ayam atau daging, kaya dengan rasa rempah.
- Alamat: L1.02.0, Level 1, The Exchange TRX, Persiaran TRX, Imbi, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Waktu Operasi: Setiap hari, 12:00 tengah hari – 10:00 malam
3. G’RAI
Dengan reka bentuk dalaman yang elegan dan suasana yang selesa, G’RAI menyediakan ruang makan yang sesuai untuk pelbagai acara, termasuk bilik VIP yang boleh memuatkan sehingga 10 orang dengan perbelanjaan minimum RM600.
Menawarkan pelbagai hidangan yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia, termasuk masakan Melayu, Cina dan India. Antara hidangan yang anda harus cuba; Nasi Lemak Istimewa Dulang iaitu hidangan untuk 4 orang yang merangkumi nasi lemak dengan rendang daging, ayam rempah, sotong sambal petai, dan ketam rebus, disertai dengan minuman seperti santan pandan dan teh melati mangga.
- Alamat: Lot No. L2.54.0, Aras 2, The Exchange TRX Mall, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10:00 pagi – 10:00 malam