Teks : Khairul Abidin
EH! menyenaraikan Sembilan sebab mengapa The RuMa antara hotel favourite kami di Kuala Lumpur. Nombor tiga paling unik!
1. Lokasi! Pastinya lokasinya yang terletak di antara dua pusat tumpu warga Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang dan Menara Berkembar KLCC. Hanya perlu berjalan kaki jika anda mahu menjamu selera atau membeli-belah.
2. Ciri-ciri Malaysia! Nama hotel ini sebenarnya mengguna pakai perkataan ‘Rumah’ Cuma dikomersilkan dengan RuMa. Dan selayaknya nama ini digunakan kerana ia mencerminkan keselesaan yang pengunjung mahukan sewaktu menginap di sini; bagaikan berada di rumah sendiri.
3. Sewaktu saya mencuba minum petang di sini, terlebih dahulu ada ‘ritual’ membasuh tangan, sama seperti pabila kita makan di rumah. Ada bekas air cuci tangan. Cuma di sini ada pembantu yang mencurahkan air di tangan.
4. Pengunjung boleh makan/minum apa saja yang ada di dalam mini bar tanpa perlu bayar.
5. Kamarnya luas, katilnya sangat selesa. Malah ada disertakan dengan double sink yang memberi ruang peribadi untuk anda dan pasangan/teman. Kamar juga dilengkapi dengan tab mandi, sesuai jika mahu bersantai-santai sambil melihat pemandangan luar jendela sambil berendam air panas atau bermain buih mandian. It’s just perfect for bachelorette party anda dan teman.
6. The RuMa cukup teliti dalam hal gaya. Uniform pekerjanya direka Joe Chia. Dan di tangga utamanya terbina arca patung berkebaya rona emas hasil idea pereka fesyen ternama, Datuk Bernard Chandran.
7. Sarapannya ringkas namun cukup. Sebagai seorang yang cukup minimalis, saya fikir bufet sarapan di sini just nice, tidak berlebih-lebih namun memenuhi selera. Ada dalam buku menu juga barisan pilihan menu sarapan cita rasa lokal.
8. Saya sukakan kolam mandinya yang terletak di aras enam. Pengunjung bebas berenang dan berendam sambil mata dijamu dengan pencakar langit Kuala Lumpur. Sempurna untuk bersenang-senang dan berehat.
9. Eksklusif! Saya sukakan suasananya yang eksklusif, tidak terlalu ramai orang, sunyi dan tenang. Tidak seperti kebanyakan hotel utama sekitar kota, The RuMa lebih ‘terkawal’.
10. Warganegara Malaysia dan Singapura boleh menikmati tawaran harga istimewa penginapan bernilai RM689 untuk tempahan sehingga 30 Jun 2019.