Diinspirasikan daripada budaya kopi Hispanik, Nespresso World Explorations Miami Espresso membawakan budaya kopi edisi terhad buat pencinta kopi antarabangsa.
Penggemar kopi di Malaysia kini boleh mengalami rasa autentik Miami dengan siri Nespresso World Explorations Miami Espresso. Diinspirasikan oleh budaya kopi tempatan Miami, Nespresso World Explorations Miami Espresso merangkumi kekayaan sejarah warisan turun-temurun. Setiap cangkir kopi pasti akan memberikan nilmat rasa panggangan biji kopi dari Amerika Latin dan juga Caribbean.
Siri Nespresso World Explorations direka untuk membawa pencinta kopi untuk menerokai pelbagai budaya kopi dari seluruh dunia, dengan hanya satu sentuhan butang tanpa perlu meninggalkan rumah. Memanfaatkan kepakaran dan semangat Nespresso, ia dapat memaparkan kopi autentik terbaik dan diperbaiki lagi melalui proses yang teliti untuk secawan kopi yang asli dan kaya dengan rasa.
Terokai Miami Terus Dari Rumah
Jika berpeluang bersiar-siar di sepanjang jalan Miami, anda pasti akan terlihat puluhan tingkap kecil yang dikenali sebagai ventanitas iaitu tingkap kedai-kedai kopi Cuba yang menghidang makanan ringan bersama kopi. Mereka menganggap acara meminum kopi itu sebagai satu urusan sosial, dan cafecito (kopi pendek) mereka paling enak dihidangkan tanpa susu atau dengan taburan gula perang sahaja.
Mencampurkan kopi Arabica dan Robusta, kopi edisi terhad Nespresso World Explorations Miami Espresso memberikan citarasa yang cukup kuat dengan krema yang pekat. Kopi ini dihidangkan terbaik sebagai Ristretto, Espresso ataupun dengan susu dalam saiz 40ml. Dengan intensiti tahap 9, Nespresso World Explorations Miami Espresso adalah kopi yang mempunyai citarasa kuat, dibakar menggunakan teknik panggang terbelah. Pengisarannya yang halus mendedahkan krim krema yang memberikan aroma bijirin dan lada.
Kopi edisi terhad Nespresso World Explorations Miami Espresso tersedia dengan harga RM29.50 setiap sarung, dan juga datang secara set duo berharga RM59.00. Kopi ini bole didapati melalui stor Nespresso di The Gardens Mall, One Utama, IOI City Mall, Pavilion, Kuala Lumpur dan Gurney Plaza, Penang serta melalui aplikasi mudah alih Nespresso, serta halaman rasmi Nespresso bermula 28 Februari 2022.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: