Sesiapa sahaja akan rasa cemas sebelum waktu penerbangan. Ini kerana anda perlu merancang segala-galanya, kemas beg, tiba di lapangan terbang tepat pada waktunya dan lulus semua prosedur yang diperlukan. Semua ini pasti akan buat sesiapa sahaja rasa pening.
Jadi, EH! senaraikan enam perkara yang perlu anda elakkan sebelum penerbangan.
Meletakkan Dokumen Penting Dalam Beg Kecil
Sesetengah orang suka meletakkan dokumen yang penting dalam beg kecil supaya mudah di bawa ke mana sahaja. Tetapi sebenarnya cara ini agak membahayakan kerana dengan bilangan beg yang banyak, sukar untuk anda mengawasi segala-galanya. Beg kecil itu boleh tertinggal dalam teksi atau di kafe lapangan terbang. Adalah lebih baik untuk meletakkan kad ID atau pasport daalam saku beg yang lebih besar dan meletakkan sedikit wang di tempat yang berbeza.
Tidak Semak Cara Untuk Ke Lapangan Terbang Terlebih Dahulu
Jika anda merancang untuk ke lapangan terbang menggunakan pengangkutan awam, jangan lupa untuk semak jadual perjalanan terlebih dahulu. Anda perlu fikirkan alternatif pengangkutan yang lain sekiranya tiada pengangkutan awam yang boleh ke lapangan terbang. Sebaliknya, ada beberapa bandar yang mempunyai kereta api aero -express yang beroperasi 24 jam. Oleh itu, jika anda punya bagasi yang berat dan tinggal berhampiran dengan stesen, anda boleh elakkan daripada membelanjakan wang dengan menaiki teksi.
Gagal Menguruskan Masa Anda Dengan Bijak
Anda disyorkan untuk tiba di lapangan terbang dua hingga tiga jam sebelum waktu berlepas. Tetapi kadang-kala ia juga boleh menyebabkan anda menghabiskan banyak masa menunggu. Sebaliknya, jika anda tidak suka datang awal mungkin akan berhadapan dengan risiko ketinggalan penerbangan. Cara mudah untuk atasi ini adalah dengan menggunakan aplikasi penerbangan yang akan memaklumkan waktu balai berlepas dibuka. Jika anda tiba sekurang-kurangnya 1.5 jam lebih awal, kemungkinan untuk terlambat sangat tipis lebih lagi jika anda sudah mendaftar masuk terlebih dahulu.
Membayar Untuk Berat Bagasi Berlebihan
Ia adalah lebih baik untuk ketahui berat bagasi sebelum tiba di lapangan terbang, jika tidak, anda mungkin berada dalam situasi di mana anda perlu membuat keputusan: adakah anda akan membayar untuk berat beg anda atau mengemas semula barang anda pada saat terakhir? Anda juga boleh menyemak berat beg di lapangan terbang. Lapangan terbang sentiasa membekalkan skala untuk penumpang menimbang berat beg dan membuat perubahan terakhir sebelum masuk ke balai berlepas.
Lupa Peraturan Mengenai Cecair Dalam Bagasi Tangan
Pastinya ramai tahu peraturan untuk tidak membawa cecair lebih dari 100ml dalam bagasi tangan namun begitu peraturan ini masih menyebabkan masalah. Sesetengah daripada anda mungkin lupa untuk meletakkan syampu dalam bagasi dan keadaan ini akan mengganggu penumpang yang lain. Bekas cecair tidak boleh lebih besar daripada 100ml dan secara keseluruhannya, semua bekas yang dibawa tidak boleh melebih satu liter dan ia perlu disimpan dalam beg lutsinar.
Panik
Kadang-kala dengan perancangan yang rapi pun, masalah mungkin akan timbul seperti penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan, jika anda sesat atau kehilangan dokumen penting, jangan panik. Panik akan memburukkan lagi keadaan. Jika berdepan dengan keadaan ini, anda perlu menarik nafas panjang dan pergi ke pegawai lapangan terbang untuk mendapatkan bantuan. Mereka akan memberikan semua arahan untuk apa yang perlu anda lakukan.