3. Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman ini merupakan salah satu daripada 10 taman awam yang indah di Putrajaya selain Taman Putra Perdana, Taman Botani, Taman Wetland dan banyak lagi. Taman Saujana Hijau Putrajaya ini akan membuatkan anda berasa seperti di luar negara! Dengan kehijauan luas yang menjangkau lebih 47 hektar tanah, ia benar-benar akan menjadi latar belakang yang indah untuk gambar-gambar romantik anda!