Sebut sahaja mengenai Salt Bae, pastinya ramai yang sudah melihat video viral aksi lelaki ini mempunyai skil tersendiri kala memotong daging di restoran miliknya di Dubai.
Nurse Gökçe atau lebih dikenali sebagai 'Salt Bae' merupakan seorang chef di sebuah restoran terkemuka. Beliau sebenarnya berbangsa Turki.
Pabila melihat sahaja dirinya memotong daging dan menaburkan garam serta perasa ke atas stik, pasti membuatkan ramai terpegun melihatnya kerana belum pernah ada yang melakukan sedemikian rupa.
Nusret mula terkenal di serata dunia dan laman sosial setelah video rakaman tersebut tersebar luas di internet. Mungkin enam perkara ini boleh menjelaskan lagi siapa sebenarnya Nusret yang kini semakin popular.