Seakan dalam filem, insiden tembakan pembunuhan di Las Vegas, Amerika Syarikat cetus tanda tanya apakah motif suspek yang dilaporkan telah mati bunuh diri.
Hari ini, dunia dikejutkan dengan insiden tembakan yang membunuh 59 nyawa serta 527 orang cedera di festival Route 91 Las Vegas. Setakat ini, FBI masih tidak dapat mengenal pasti motif suspek, Stephen Paddock.
Berikut adalah sedikit fakta terkini mengenai insiden tragis itu.
1. Suspek dikenal pasti sebagai Stephen Paddock yang berusia 64 tahun yang ditemui mati bunuh diri di dalam kamar suite hotel Mandalay Bay pada aras 32, menghadap festival muzik yang berlangsung di hadapan hotel tersebut. Paddock dikatakan telah menginap di hotel tersebut sejak 28 September lalu dan menempah dua kamar tidur (satu menghadap timur, satu menghadap utara).
2. Suspek merupakan seorang pesara akauntan dari Mesquite, Nevada yang kemudian menjadi multimillionaire menerusi pelaburan hartanah dan perjudian yang tinggi.
3. ISIS menyatakan yang Paddock merupakan seorang anggotanya yang bertanggungjawab ke atas serangan bersenjata itu yang mana telah memasuki agama Islam beberapa bulan lalu tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti penglibatan suspek dengan kumpulan itu. FBI menafikan yang insiden itu ada kaitan dengan kumpulan militan itu.
4. Mangsa pertama dibunuh dikenal pasti adalah Sonny Melton. Termasuklah dua orang anggota polis yang bertugas dan ditembak. Seorang kritikal tetapi stabil selepas menjalani pembedahan. Manakala seorang anggota polis yang bertugas mati, Sheriff Joe Lombardo.
5. Paddock ditemui bersama 23 pucuk pistol di dalam kamar hotelnya dan telah bertindak membunuh diri sendiri sebelum polis menjumpainya. Polis mengesyaki yang setiap senjata yang dibeli Stephen adalah secara sah. Paddock tidak pernah berkhidmat sebagai tentera. Dia membeli tiga pucuk pistol, pistol tangan dan dua senapang pada tahun lalu. Sullivan, majikan kedai menjual senjata Guns & Guitars memberitahu yang mana Paddock melepasi semua pemeriksaan persekutuan rutin.
6. Kumpulan SWAT menggunakan bahan letupan untuk memecah masuk kamar tersebut dan kemudian menemui mayat Paddock. Seorang pengawal keselamatan yang pergi ke kamar tersebut sebelum pihak polis tiba telah ditembak menembusi pintu bilik. Namun masih tidak dapat dipastikan keadaan pengawal tersebut.
7. Paddock tiada sebarang rekod jenayah sebelum ini. Bahkan, kesemua adik-beradiknya menyatakan yang Paddock merupakan seorang yang paling baik dalam keluarga dan tidak pernah terlibat dalam kes jenayah. Bapa kepada Paddock pernah menjadi seorang yang paling dikehendaki kerana terlibat dengan kes rompakan bank dan dikatakan seorang yang psiko tetapi tidak mempunyai sebarang masalah mental.
8. Pihak polis percaya yang ia adalah tindakan berseorangan dan bukan berkumpulan. Beberapa orang staff hotel ada yang keluar dan masuk kamar tersebut ketika hari itu sebelum insiden tragis tersebut tetapi tidak mendapati sebarang unsur jenayah.
9. Paddock berjudi lebih lebih $USD10,000 setiap hari, mempunyai lesen juruterbang dan dua buah kapal terbang menggunakan satu enjin serta pernah bekerja sebagai kontraktor pertahanan.
10. Laporan NBC menyatakan Paddock mempunyai masalah dengan perhubungannya tetapi masih belum dapat dipastikan. Hubungannya dengan wanita yang tinggal bersama, Marilou Danley juga belum dapat dijelaskan. Paddock pernah berkahwin sebelum ini tetapi bercerai selama 27 tahun selepas enam tahun berkahwin.