Senaman Jantung
Ahli kardiologi berpendapat hubungan seks dapat memberi senaman intensiti sederhana untuk meningkatkan kesihatan jantung serta berdegup pantas. Walau apa jua senaman yang anda lakukan, bila anda bertenaga ia memberi manfaat pada jantung anda. Posisi kala bersama juga memainkan peranan penting.
Jangan ‘malas’ dan berbaring, cuba sesuatu aksi hingga mengalirkan peluh yang banyak kerana ia biasanya memerlukan usaha yang lebih. Orgasma adalah bonus. Kadar jantung anda mungkin mencecah 110 degupan seminit, setanding dengan senaman berjalan pantas atau berjoging.