Dua keping gambar keluarga kerabat Diraja British ini menarik perhatian ramai.
Sempena ulang tahun kelahiran Prince of Wales yang ke-70, dua keping gambar telah pun dikongsikan kepada umum. Gambar tersebut sememangnya kelihatan comel dengan gelagat cucu-cucunya.
Menerusi dua keping gambar rasmi yang dikongsikan menjadi tanda perjalanan kehidupan Charles, waris kepada takhta kerajaan British yang dirakam sedang duduk di atas kerusi taman sambil dikelilingi cucu-cucunya, anak, menantu serta isterinya.
Duduk bersebelahan dengannya adalah Duchess of Cornwall bersama Puteri Charlotte, manakala berdiri di belakangnya terlihat Duke dan Duchess of Cambridge yang mana Kate dilihat mendukung Putera Louis, serta Duke dan Duchess of Sussex.
Gambar tersebut adalah satu gambar yang agak unik pabila memaparkan Putera Charles bersama cucunya yang mana bakal bertambah menjadi empat pabila Meghan bersalin pada tahun hadapan.
Charles kini memulakan kariernya untuk dekad ke-7 di mana dia banyak melakukan kerja-kerja amal di mana Camilla sentiasa menyokongnya di sisi.
“Saya rasa dia sememangnya mempunyai masa untuk bersama cucu, tetapi saya mahukan dia menghabiskan lebih banyak masa bersama cucu-cucunya. Saya rasa dia kini telah memasuki tahun ke-70 dan ia adalah masa yang terbaik untuk dia sepatutnya mengurangkan kerja sedikit seperti mana keluarga lain lakukan. Kami risaukannya, dan sentiasa memastikan kesihatannya baik. Dia lelaki yang paling fit saya pernah tahu tetapi saya mahukan dia sentiasa fit sehingga usianya 95 dan berterusan, ” kata Putera William.
Charles menjangkau umur 70 pada hari semalam dan meluangkan sebahagian masanya bersama Camilla berserta sekumpulan orang-orang berinspirasi yang mana turut menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini.
Pada waktu petang, Ratu Elizabeth pula mengadakan birthday bash tertutup di Buckingham Palace untuk anak serta warisnya itu. Senarai tetamu jemputan termasuklah rakan-rakan Charles, ahli keluarga diraja dan individu-individu yang memainkan peranan penting dalam karier putera itu.
Sesi penggambaran itu dirakamkan di taman Clarence House pada bulan September sebelum Harry dan Meghan berlepas ke Pasifik untuk kembaranya yang mana berakhir pada bulan lalu.