SEAN OPPA: SAYA PAKAR TENTANG SEOUL!
1.Cerita sikit pasal anda?
Saya dilahirkan dan dibesarkan di Seoul . Saya sangat mencintai tanahair saya iaitu Seoul. Sepanjang 3 hingga 4 tahun lalu, saya berpeluang untuk meluangkan masa di seluruh Seoul dan saya mahu berkongsi nikmat tersebut bersama pelancongan yang datang ke Korea. Saya berani cakap saya ni memang pakar pasal Seoul. Saya suka melukis dan menghasilkan muzik. Saya juga suka buat benda berkaitan dengan seni. Saya suka fesyen, trendy Café dan restoran di Korea terutama sekali bakery. Saya sebenarnya jenis lelaki yang suka mencuba benda baru terutama di tempat tinggal saya.
2.Perbezaan anda dengan Oppa lain?
Saya adalah artis dan saya akan menjadi yang terbaik.Jadi, saya suka berkongsi perkara berkaitan seni. Kalau anda suka fesyen, saya tahu tempat sesuai di Seoul. Saya juga boleh bawa anda ke restoran, café dan exhibition yang superb dan tempat yang lain.
3.Kenapa pilih jadi Oppa?
Sebabnya saya suka jumpa orang baru dan jalan-jalan di Seoul.
4.Memori indah sepanjang jadi Oppa…
Saya ada pelanggan seorang lelaki dari Amerika Syarikat. Kami menyanyi di Karaoke macam orang gila.
5.Ada perkara buruk berlaku sepanjang bergelar Oppa?
ada pelanggan kurang ajar, mereka tidak menghormati pandangan dan hanya mahu buat apa yang mereka mahu saja. Apapun, saya terima saja kerana saya hanyalah tour guide dan menjalankan perkhidmatan saja.
6. Anda idam layan pelanggan dari mana?
Saya berminat untuk layan sesiapa saja dari seluruh negara. Saya pun suka nak layan orang Korea sendiri.
7. Adakah orang Korea pandang negatif kerja Oppa?
Tidak. Mereka fikir Oppa adalah menarik dan idea baru.
8.Perancangan anda untuk bakal pelanggan…
Pergi Itaewon dan Hongdae
9.Nasihat untuk lelaki lain yang ingin jadi seperti anda…
Anda perlu memahami dengan lebih dalam tentang bandar anda dan ambil berat tentang pelancong adalah amat penting. Ini adalah tugas kami untuk meninggalkan memori indah kepada pelancong.
10.Pandangan anda tentang Oppa dan nasihat untuk bakal pelanggan…
Ini adalah kerja yang menarik kerana saya berpeluang jumpa ramai orang dan bercakap dengan orang baru.
11.Anda suka anjing, apa anda akan buat kalau pelanggan anda Muslim dan tidak boleh pegang anjing?
Kalau mereka maklumkan lebih awal, kami boleh tukar rancangan pengembaraan.
12.Jenis wanita yang anda suka dan ingin berjumpa? Kenapa?
Saya berminat untuk berjumpa wanita yang mempunyai citarasa sendiri, hobi dan cerita menarik tetang dirinya.
13.Anda mempunyai rupa paras menarik, adakah anda akan terima tawaran menjadi pelakon?
Tidak mustahil untuk saya mencuba. Saya ni berfikiran terbuka.
14.Ada komen negatif dari pelanggan?
langsung tiada!
15. Apa anda buat kalau pelanggan jatuh cinta dan ajak kahwin?
Saya tidak pernah terfikir tentang hal ini. Apapun, saya rasa saya tahu cara untuk mengatasinya kalau ia benar-benar berlaku.
16.Anda suka fesyen, boeh jelas sikit tentang stail fesyen anda?
Saya suka pakai yang natural, biasa dan letakkan sedikit keunikan. Saya juga suka mix and match.
17.Pernah tak pelanggan komen ada ada badan seksi dan meminta anda untuk tunjuk otot perut (6 packs)?
Sesetengah mereka hanya komen di instagram saya saja tetapi tidak pula memintanya apabila bersemuka.