ARAMI OPPA: Saya suka Harith Iskandar!
1.Cerita tentang anda…
Saya Arami dilahirkan di Korea Selatan dan dibesarkan di New Zealand. Saya suka berkongsi tentang hidup saya dan sering sangsi tentang kehidupan orang lain. Instagram saya Aramikrnz, apa IG awak pula?
2. Beza anda dengan Oppa yang lain?
Saya fasih berbahasa Inggeris dan saya lebih popular dari yang lain kerana saya adaah influencer.
3.Kenapa pilih jadi Oppa?
Untuk mencapai hubungan baik dengan orang lain. Saya suka jumpa orang baru dan ketahui antara satu sama lain.
4.Memori indah jadi Oppa…
Sudah tentu apabila saya kena jadi yang terbaik melayan pelanggan dan menghiburkan mereka.
5.Kenangan buruk jadi Oppa?
Rasanya tiada, tetapi saya tidak suka kata selamat tinggal kepada pelanggan. Saya akan sebaik dan sedih.
6.Pelanggan idaman anda?
Saya idam bawa pelanggan melancong ke luar negara juga selain di Korea kerana saya tahu di luar sana juga banyak tempat menarik.
7.Adakah orang Korea pandang sinis tentang kerja Oppa?
Saya hanya ada seorang saja kawan Korea. LOL.
8.Perancangan untuk bakal pelanggan?
Pakai kasut baru yang baru saja dibeli malam tadi.
9.Nasihat kepada bakal Oppa atau tour guide?
Jadi kepoh dan peramah.
10.Pandangan tentang kerja Oppa dan nasihat buat bakal pelanggan?
Konsep kerja ini memang menarik dan cool terutama sekali kepada mereka yang suka melancong sorang-sorang dan perlukan bantuan dari kawan untuk jalan-jalan.
11.Pernah tak dapat komen kamu nampak lebih kacak dan sasa tanpa kaca mata?
hmmm…tidak pernah…Tapi orang selalu cakap saya macam Unta. Saya tidak tahulah baik ke buruk pandangan itu.
12. Kenapa ada suka video live?
Sebab saya suka buat lawak dan buat orang lain tertawa.
13.Selebriti Korea dan antarabangsa kesukaan anda?
Saya suka Harith Iskandar, kejap, temuramah ini dari mana ye? Hahaha
14. Berminat menjadi juru kamera perkahwinan?
Sudah tentu. Saya akan buat pasangan pengantin cium sepanjang hari.
15.Apa anda akan buat kalau pelanggan ajak ke Club dan minum bersama?
Saya akan kata Ya! Saya juga akan bawa mereka ke kelab ping pong yang saya pergi setiap malam.
16.Apa anda akan buat kalau pelanggan berperangai pelik dan mabuk?
Kalau mereka melebih, saya akan tunjukkan pistol dalam poket saya supaya mereka sedar dari mabuk.