AIDEN OPPA: Setiap Agama ada keistimewaan tersendiri.
1.Cerita sikit tentang anda?
Saya Aiden. Selamat berkenalan. Saya adalah Oppa yang suka memasak, main skateboard. Main gitar dan macam-macam lagi. Kebanyakkan pelanggan saya kata saya baik, lemah lembut, peramah, mesra dan becok. Paling penting, saua suka budaya antarabangsa dan kawan dari pelbagai budaya dan negara.
2.Beza anda dengan Oppa lain…
Bila saya jumpa pelanggan, saya selalu kongsi pengalaman saya terlebih dahulu. Ia menjadi ice breaking untuk saya dan pelanggan untuk ketahui satu sama lain. Maksud saya cakap banyaklah…
3.Kenapa pilih jadi Oppa?
Sekali lagi sebab saya suka budaya antarabangsa dan kawan baru. Jadi, saya boleh jumpa ramai orang baik dan boleh kenalkan mereka dengan budaya Korea. Ia adalah peluang baik saya.
4.Memori indah jadi Oppa?
Pernah sekali kami bercerita tentang agama dan saya cakap, setiap agama mempunyai keistimewaan tersendiri. Tetapi yang lebih penting percaya diri sendir dan mempunyai mental positif. Kata-kata saya menyentuh perasaannya.
5.Kenangan buruk pula?
Setakat ini tiada lah pula. Walaupun masalah cuaca ada, tetapi ia tetap hebat.
6.Pelanggan idaman anda?
Saya betul-betul ingin berjumpa pelancong yang boleh berkongsi buah fikiran yang bagus. Saya mahu kenalkan mereka tentang budaya Korea yang sebenar yang lebih dari pakej yang sedia ada.
7.Adakah orang Korea pandang negatif tentang Oppa?
Mana ada. Semua kawan saya kata kerja ini seronok.
8.Perancangan untuk bakal pelanggan…
Saya cadang untuk mereka rasai Tradisinal Korea The dan cuba pakej yang baru. Contohnya Naksan Park. Saya juga bercadang untuk buat pakej di Korea Folk dan perkampungan luar bandar Seoul.
9.Nasihat kepada lelaki lain yang ingin jadi Oppa.
Sebenarnya saya nasihat kepada mereka yang sudah jadi oppa atau bakal jadi oppa jangan sama sekali menyesal untuk bekerja sebagai Oppa. Hanya fikir inilah peluang untuk berjumpa ramai kawan luar negara dan tunjukkan Korea yang sebenarnya.
10.Harapan untuk Oppa dan nasihat kepada bakal pelanggan…
Saya mahu ada pakej meliputi Busan, Pulau Jeju dan banyak lagi.
11. Pernah tak pelanggan fikir anda sebagai bintang K-POP?
Tidak pernah dan takkan kot.
12. Anda suka muzik, jenis muzik kesukaan anda dan bintang K-POP kegemaran siapa?
Saya suka genre balada dan lagu Pop. Saya suka Big Bang..saya tahu mereka sedikit dalam muzik tapi mereka tetap nombor satu.
13. Wajah anda comel persis bintang K-POP, pernah tak orang kata muka anda sama macam bintang K-POP?
Memang ada pun, mereka kata muka saya ada iras Lee Jun MBLAQ.
14. Adakah anda akan berlakon seperti bintang K-POP kalau pelanggan minta?
Kelakarnya, saya ni terlalu biasa untuk menjadi seperti bintang K-POP.
15. Adakah anda terima tawaran jadi bintang K-POP?
Sebenarnya, masa saya kecil saya memang nak jadi bintang K-POP. Jadi, kalau ada tawaran saya akan terima.
16.Apa anda buat kalau pelanggan melamar anda jadi kekasih?
Takkan terima. Pelanggan tetap pelanggan. Saya perlu ikut peraturan. Tapi kami boleh menjadi kawan yang baik.