KIHYUN OPPA: Saya mahu layan pelanggan yang boleh jadi kawan selamanya.
1. Cerita tentang anda…
Saya Kihyun. Saya dah jadi Oppa selama 2 bulan sekarang.
2.Beza anda dengan Oppa yang lain?
Petah berbahasa Inggeris.
3.Kenapa jadi Oppa?
Sebenarnya Arami yang kenalkan saya kepada Oh My Oppa. Sekarang saya rasa terharu dan terhutang budi sebab dia kenalkan saya jadi Oppa.
4.Memori indah jadi oppa?
Berjalan-jalan, melawat banyak Café dan dapat kenal kawan baru.
5. Ada kenangan buruk?
Tiada.
6. Pelanggan idaman anda?
Seorang yang saya boleh jadi kawan baik selamanya.
7. Adakah orang Korea pandang negatif kerja Oppa?
Tidak pandang negatif tapi merasakan kerjaya ini satu yang menarik dan baru.
8. Nasihat kepada lelaki lain yang mahu jadi Oppa?
Cepat mohon sekarang sebelum orang lain sambar.
9. Pandangan tentang Oppa dan nasihat untuk bakal pelanggan?
Kerja ini sangat menyeronokkan bukan saja untuk Oppa tapi kepada pelanggan. Kalau nak pengalaman baru, jangan lupa langgan kami.
10. Ada pengalaman jadi model, K-POP Trainee atau pelakon?
Ada. Saya pernah jadi model untuk online Store beberapa kali tapi bukan untuk jenama yang besar.
11.Siapa Selebriti Korea kegemaran anda?
Penyanyi kegemaran saya ialah Park Hyoshin. Saya teringin menyanyi seperti dia.
12.Adakah anda boleh bantu jikalau pelanggan minta anda ubah imej mereka jadi seperti stail Korea?
Saya rasa saya boleh bantu. Tapi saya rasa saya perlu groom diri saya dulu.
13.Fesyen kesukaan anda?
Saya suka yang ringkas. Saya pula tiada fesyen ikon kegemaran.
14. Adakah anda terima jadi model kalau dapat tawaran dari pelanggan?
Sudah tentu. Saya suka dunia modeling.