Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic nampaknya layak diiktiraf sebagai jam tangan pintar terbaik Samsung setakat ini, dan kami butirkan sebabnya.
Sewaktu di acara Samsung Unpacked 2023 yang berlangsung di Seoul, saya tertarik dengan satu frasa, “Good sleep is the window of good health”, lebih kurang begitulah ayat yang tertera di skrin sekeliling dewan COEX, tempat acara berlangsung. Malah sewaktu hadir ke acara previu tertutup dua hari sebelum acara besar-besaran ini, orang perantara Samsung juga highlight akan fungsi utama yang ingin mereka tonjolkan menerusi jam tangan pintar ini adalah untuk kita memerhati atau menganalisa kualiti tidur.
Bagi saya ini adalah definisi teknologi, digunakan untuk memperbaiki hidup. Tidur memang masalah utama manusia hari ini, malah saya sendiri ada masalah ini. Makin berusia makin kurang tidurnya. Bagaimana Galaxy Watch6 membantu anda memperbaiki kualiti tidur, dan apa lagi faktor yang menjadikan jam pintar ini amat menarik, teruskan membaca.
HAYAT BATERI LEBIH LAMA
Jam pintar ini hadir dengan paparan skrin yang lebih besar, namun baterinya juga dipertingkatkan demi hayat yang lebih lama. Walaupun Galaxy Watch6 40mm mempunyai bateri 300mAh, model 44mm mempunyai sel 425mAh berbanding Galaxy Watch5 dibangunkan dengan bateri dan 284mAh dan 410mAh.
Menurut Samsung edisi ini mampu bertahan sehingga 40 jam apabila dicas dengan ‘Always on Display’ mode dimatikan. Dan dalam waktu ‘kecemasan’, lapan minit pengecasan sudah mencukupi untuk jam bertahan selama beberapa jam.
BAZEL LEBIH NIPIS, PAPARAN LEBIH BESAR
Sekali pandang Samsung Galaxy Watch6 dan Classic mungkin tampak serupa dengan jam tangan jenama elektronik ikonik Korea ini. Tetapi sebenarnya ada satu penambahbaikan menerusi reka bentuk utama: bezelnya lebih nipis.
Ini membolehkan Samsung meningkatkan lebar skrin untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik. Menurut Samsung Galaxy Watch6 mempunyai bezel 30 peratus lebih nipis, manakala bezel Watch6 Classic adalah 15 peratus lebih nipis.
Bagi saiz paparan, versi yang baharu ini 40mm dihantar dengan panel AMOLED 1.3-inci, manakala varian 44mm mempunyai paparan 1.5 inci, lebih 20 peratus berbanding siri Watch5. Watch6 Classic tersedia dalam konfigurasi 43mm dan 47mm, dengan paparan 1.3 inci dan 1.5 inci.
SKRIN LEBIH CERAH
Paparan bulat Galaxy Watch6 bukan sahaja lebih besar tetapi juga lebih cerah. Ia mempunyai kecerahan maksimum 2000 nits, memastikan anda boleh melihat isi paparan walaupun di bawah cahaya matahari terik. Selain itu, ‘Always On Displays’ mode memuudahkan untuk cahaya skrin dilaraskan mengikut ambien cahaya persekitaran.
MENGGUNAKAN OS 4
Galaxy Watch6 adalah jam pintar pertama Samsung yang mengguna pakai OS 4 baharu lantas menjadikannya sebagai jam tangan pintar Android pertama di dunia yang menggunakannya. Berdasarkan Android 13, keluaran Wear OS terbaharu menjanjikan hayat bateri yang lebih baik dan prestasi yang lebih lancar, ini semua atas pengoptimuman asas daripada Google.
MENGUMPUL DATA DENYUTAN JANTUNG DAN KUALITI TIDUR
Sebagaimana yang saya sebutkan di perenggan awal artikel ini, antara highlight Galaxy Watch6 ini ialah penumpuannya pada fungi ‘menganalisa’ kesihatan kita ukhususnya kualiti tidur dan juga kesihatan jantung. Jam tangan pintar ini menawarkan pemantauan tekanan darah dan ECG. Dengan siri Galaxy Watch6, Samsung memperkenalkan notifikasi denyutan jantung yang tidak sihat (Irregular Heart Rhythm Notification). Ini membolehkan jam tangan memeriksa denyutan jantung anda untuk fibrilasi Atrium (AFib) termasuklah sewaktu anda tidur, menjadikannya salah satu jam tangan pintar terbaik untuk memerhartikan kualiti tidur anda.