Anak ketiga The Duke and Duchess of Cambridge iaitu Putera Louis telah selamat melalui proses pembaptisan. Dalam meraikannya, kerabat Diraja Britain hadir menyempurnakan majlis tersebut.
Berlangsung di Chapel Royal London, Putera Louis buat julung kali membuat kemunculan sebagai ahli keluarga kerabat diraja yang kelima kepada Putera William dan Kate Middleton, termasuklah abangnya Putera George dan kakaknya, Princess Charlotte yang turut hadir di upacara itu.
Namun Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak dapat hadir menyaksikan majlis itu. Yang hadir ke acara pembaptisan Putera Louis antaranya Putera Harry, Meghan Markle, Putera Charles dan Pippa Middleton.
Di sini EH! himpunkan beberapa keping gambar di sekitar upacara pembaptisan Putera Louis.