Meghan Markle kini selamat bergelar isteri kepada Putera Harry menerusi majlis perkahwinan Diraja yang berlangsungnya di St.George's Chapel. Hadir dalam gaun yang paling elegan yang mesti dilihat dan ditatap dari setiap sudut.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Meghan Markle kini selamat bergelar isteri kepada Putera Harry menerusi majlis perkahwinan Diraja yang berlangsungnya di St.George's Chapel. Hadir dalam gaun yang paling elegan yang mesti dilihat dan ditatap dari setiap sudut.
Tiara
Meghan mengikuti langkah yang pernah diambil Kate Middleton dengan memakai sebuah tiara indah terus dari peti besi barangan kemas milik ratu, iaitu Queen Mary Diamond Bandeau. Queen Mary, isteri kepada King George V, membeli bandeau berlian kecil dari sebuah kedai barangan kemas mewah Garrard di London pada tahun 1925. Selepas kemangkatannya, tiara tersebut telah diwariskan kepada menantu perempuannya, Puteri Marina, Duchess of Kent. Kakak kepada Queen Elizabeth, Puteri Margaret juga pernah memakai tiara tersebut. Meghan mendandan rambutnya dengan ikatan chic updo dengan beberapa helai rambutnya dibiarkan loose, untuk tampil effortless di majlis perkahwinannya.
Input your search keywords and press Enter.