Sempena berita pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle baru-baru ini, pasangan Diraja ini berkongsi gambar romantis kepada umum.
Gambar yang dikongsikan merupakan tanda terima kasih mereka kepada semua yang mengucapkan tahniah atas pertunangan mereka.
“The couple are so grateful for the warm and generous messages they have received during such a happy time in their lives,” tulis kenyataan rasmi dari Istana Kensington.
“As a way to say thank you, they have decided to share this candid photograph from the day of their portrait sittings directly with all of you.”
Gambar indah berkonsep hitam putih tersebut diambil di Windsor, di kawasan Frogmore House yang mana terletak lebih kurang sebatu dari Istana Windsor.
Ia dirakam oleh jurufoto fesyen dan selebriti iaitu Alexi Lubomirski, yang mana seorang putera di Polish House of Lubomirski.
Meghan dilihat mengenakan gaun jarang dengan perincian sulaman emas bersama skirt ruffle bertingkat dari Ralph & Russo. Kelihatan cukup mesra bersama pabila Meghan memegang erat tangan tunangnya, Putera Harry.
Pasangan ini bakal berkahwin pada 19 Mei 2018 di St. George Chapel di Istana Windsor. Windsor adalah satu lokasi istimewa bagi Putera Harry. Adik kepada Putera William itu sering menghabiskan masa bersama di situ pada tahun lalu. Mereka dikatakan sangat teruja yang mana lokasi tersebut bakal menjadi lokasi perkahwinan mereka.