Terindah satu perkataan yang tidak cukup menggambarkannya.
Jika dilihat pada senarai World Atlas untuk bandar penempatan paling utara, anda akan dapat lihat yang mana banyak destinasi yang berada di tangga teratas terletak di Svalbard, kepulauan Norwegia di antara tanah Norway dan North Pole.
Menurut Insider, penempatan pertama di dalam senarai ini dengan populasi yang berbaloi untuk digelar bandar adalah Longyearbyen, yang mana mempunyai 2,100 orang penduduk yang mana mempunyai akses ke sebuah sekolah, sebuah gereja, restoran dan sebuah pawagam.
Kehidupan di Longyearbyen sememangnya tidak sama seperti berada di tempat lain. Yang pertama, ia mengalami empat bulan tanpa matahari setiap tahun dan secara berterusan mengalami empat dengan cahaya. Kedua, penduduk bandar tersebut disarankan untuk membawa senapang ketika berjalan di luar sempadan bandar tersebut, demi keselamatan sekiranya terserempak dengan beruang kutub.
Longyearbyen terkenal dengan sebuah bandar perlombongan, biarpun operasi lombong tidak lagi aktif di kawasan itu. Kini bandar tersebut menjadi lokasi kajian saintifik dan pelancongan pengembaraan, yang mana ia menjadi penempatan buat peti besi benih tumbuhan yang mengalami kepupusan.
Berikut adalah antara fakta akan kehidupan ekstrem di Longyearbyen.