Garmin Malaysia melancarkan Venu 2 Plus dengan kolaborasi pelitup muka eksklusif bersama label Jovian oleh pereka fesyen popular, Jovian Mandagie.
Jam tangan kini menjadi aksesori pilihan yang cukup versatil dengan fungsi dan teknologi untuk digayakan sepanjang hari. Dalam memberikan pilihan kepada gaya hidup moden hari ini, Garmin Malaysia melancarkan koleksi jam tangan pintar yang dilengkapi dengan fungsi suara berintergrasi terbaharu, Venu 2 Plus.
Jam tangan pintar Venu 2 Plus juga dilancarkan dengan kolaborasi pelitup muka eksklusif bersama label Jovian oleh pereka fesyen lokal, Jovian Mandagie. Dengan setiap pembelian akan hadir bersama sekotak pelitup muka 3-lapisan. Pelitup muka edisi terhad ini juga boleh didapati secara berasingan di stor Jovian dan stor atas talian pada harga RM 25 sahaja.
Sebagai alternatif, jam tangan pintar ini meliputi fungsi kesihatan dan kecergasan termasuklah bacaan skor tidur, pengesan tekanan, pengawal energi, Pluse Ox, fungsi kesihatan wanita dan juga seleksi variasi pilihan senaman. Venu 2 Plus mempunyai lebih 75 senaman animasi preset seperti kardio, yoga, kekuatan, HIIT dan Pilates yang akan mendemonstrasikan teknik dan senaman sebenar dalam Garmin Connect dan juga di pergelangan tangan.
Fungsi suara berintergrasi terbaharu pula akan memberikan penguasan kepada pengguna unuk menerima panggilan dan berhubung terus ke bantuan suara di telefon pintar untuk menghantar mesej, bertanya soalan serta mengoperasikan fungsi rumah pintar. Ia boleh digunakan bersama Siri, Google Assistant dan Bixby. Ia dikuasakan dengan paparan AMOLED terang dan bateri yang mampu bertahan sehingga sembilan hari.
Jam tangan pintar ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Graphite Black, Cream Gold dan juga Powder Gray, pada harga RM2,099) di semua stor fizikal Garmin Malaysia serta platform e-dagang utama seperti Lazada, Shopee, AECO e-store dan banyak lagi.
Foto: Garmin Malaysia
Baca lebih lanjut: 7 Pasangan K-Drama Yang Bertemu Cinta Dalam Keadaan Yang Tidak Disangka