Bermula 8 Februari 2022, Taman Tema Genting SkyWorlds membuka pintu dengan 26 permainan dan tarikan baharu dalam sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan daripada filem dan pengembaraan popular.
Terletak di ketinggian 6,000 kaki dari paras laut, taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara kini dibuka kepada pengunjung. Bermula 8 Februari 2022, Taman Tema Genting SkyWorlds membuka pintu dengan 26 permainan dan tarikan baharu dalam sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan daripada filem dan pengembaraan popular.
Taman Tema Genting SkyWorlds yang dibina di atas tanah berkeluasan 26 ekar menjanjikan keseronakan buat seisi keluarga. Antara tarikan dan pengembaraan utama termasuklah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio akan menampilkan pelbagai permainan yang dicipta untuk menyemarakan daya imaginasi dalam keunikan tersendiri.
Ice Age, Rio, Epic, Robots, Night at the Museum, Independence Day, dan Planet of the Apes merupakan tarikan yang diinspirasikan daripada filem milik 20th Century Studios. ‘Dunia’ Ice Age bakal membawa pengunjung merentasi dunia ais pra-sejarah melalui pengembaraan Ice Age: Expedition Thin Ice, juga Sid’s Rock ‘N’ Slide yang merupakan permianan kayu balik penuh aksi. ‘Dunia’ Epic pula membawa menaiki bot Epic Vogaye to Moonhaven yang akan membuat pengunjung lencun disimbahi air.
Tidak boleh dinafikan, tarikan Independence Day: Defiance antara yang paling mengujakan. Pengunjung akan meluncur ke galaksi menggunakan kapal aeroangkasa tempur hibrid dalam pengembaraan yang mendebarkan melalui paparan berbentuk dom terbesar di dunia. Dunia ‘Central Park’ juga mempunyai terikan Night at the Museum: Midnight Mayhem yang merupakan permainan interaktif 3D penuh aksi untuk melindungi penghuni muzium.
Pengalaman di Genting SkyWorlds bukan sahaja terhad kepada tarikannya malah turut meliputi satu gabungan menarik seperti elemen hiburan langsung, kedai makanan dan peruncitan serta penampilan tema, muzik dan penyalaan yang menawan. Ia semua pasti akan memberi para pengunjung satu perjalanan pengembaraan dan imaginasi yang menyeluruh.
Variasi restoran dan kafe boleg didapati di sekitar taman tema ini. Pengunjung boleh menikmati seleksi hidangan dan minuman berdasarkan setiap ‘dunia’ yang berbeza. Anda boleh mencuba taco berkulit lembut dipenuhi dengan daging dan sayuran lazat di Santa Teresa Trolley Treats di ‘dunia’ Rio. Di Central Park pula menempatkan Harry Ramsden World Famous Fish & Chips yang menyajikan hidangan ikan goreng tepung dan kentang goreng yang terkenal di dunia.
Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah di Studio Emporiom yang merupakan kedai cenderamata yang tersebar, selain kedai-kedai bertema yang boleh didapati di sekitar taman tema ini. Walau bagaimanapun, beberapa tarikan utama masih lagi dalam fasa pembinaan dan belum lagi tersedia untuk pengunjung.
Layari laman web rasmi dan platform media sosial Genting SkyWorlds untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Foto: Genting SkyWorlds
Baca lebih Lanjut: Inspirasi Destinasi Kembara 2022 Berdasarkan Zodiak Cina Anda