EH! senaraikan butik-butik emas pilihan yang bukan sahaja menawarkan rekaan menarik, malah tidak mengenakan caj upah, sesuai untuk anda yang ingin berjimat sambil mengumpul aset bernilai.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas terus mencatatkan kenaikan yang ketara, menjadikan pelaburan dalam logam berharga ini semakin mendapat perhatian.
Bagi yang merancang untuk membeli emas sama ada untuk pelaburan mahupun perhiasan, isu utama yang sering dibincangkan adalah kos tambahan seperti harga upah yang boleh meningkatkan jumlah perbelanjaan keseluruhan.
Namun begitu, berita baik buat anda — terdapat beberapa butik emas di Malaysia yang menawarkan emas bebas harga upah, membolehkan pembeli mendapatkan barang kemas pada harga yang lebih berpatutan.
Jom semak butik emas bebas caj upah:
1. Sri Tanah Merah
Di sini, SEMUA rekaan ditawarkan tanpa caj upah langsung. Yes, you heard that right, bebas caj upah untuk semua design! Tak kira sama ada anda minat gelang tangan padu, rantai halus atau cincin bertatah moden, anda hanya perlu bayar mengikut harga emas semasa. Tiada bayaran tambahan, tiada kejutan waktu bayar dan mesra poket!
Apa yang buat Sri Tanah Merah lebih menarik, mereka sentiasa tampil dengan design terkini, dari yang klasik sampai ke yang trendy, sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan, servis percuma cucian emas untuk pelanggan juga ditawarkan. Emas nampak kusam, boleh terus hantar ke butik ini dan dapatkan kilauan macam baru beli!
2. Kedai Emas Zakaria
Nama Kedai Emas Zakaria memang tak asing lagi dalam kalangan pembeli emas, terutamanya di Pantai Timur.
Butik emas ini terkenal dengan harga berpatutan, rekaan trendy dan paling penting, layanan mesra pelanggan yang buat ramai rasa selesa dan yakin setiap kali membeli.
Walaupun butik ini tidak umumkan promosi bebas upah secara menyeluruh, mereka kerap tawarkan harga upah yang sangat rendah, bergantung pada rekaan dan musim promosi. Jadi, kalau pandai ‘timing’, boleh dapat emas cantik dengan harga lebih jimat!
3. Emas Fareha
Emas Fareha antara butik emas yang semakin jadi sebutan kerana menawarkan emas bebas caj upah untuk kebanyakan rekaan mereka.
Menariknya, pengecualian caj upah ini hanya dikenakan untuk rekaan tertentu kecuali Beads dan Charms. Untuk yang lain, anda boleh miliki rekaan emas yang cantik, moden dan berkualiti tanpa perlu risau kos tambahan tersembunyi.
Salah satu tawaran yang paling ‘win’ di sini ialah rantai leher panjang lebih 50cm dengan harga serendah RM1,500! Antara rekaan popular termasuk, RL Sauh High Polish dan RL Lipan High Polish.