Oleh: Izni Jalil
Gambar: stock.xchgn
Peningkatan kos sara hidup yang tinggi menjadikan manusia tidak boleh lari daripada berhutang. Namun, jadikanlah ia berpada-pada dan tidak memakan diri sendiri. Kenali hutang lapuk yang menjadi kebiasaan anak muda kini.
Hutang kerana perkahwinan
Kehendak bakal isteri, bakal ibu mentua, ibu sendiri dan keluarga yang inginkan perkahwinan mewah menjadikan anda terpaksa membuat pinjaman persendirian sehingga puluhan ribu ringgit! Majlisnya hanya sehari dua, namun bebanan hutang ditanggung sehingga bertahun lamanya.
Hutang membeli kenderaan
Didesak oleh keinginan yang tinggi, ramai anak muda kini tidak kisah untuk membeli kereta yang di luar kemampuan mereka. Anda bukan sahaja perlu mempertimbangkan bayaran bulanannya, malah peruntukan petrol, servis dan juga barang gantian untuk kereta ketika kecemasan.
Hutang kad kredit
Rakus berbelanja tanpa berfikir panjang. Penggunaan kad kredit mendorong anda berbelanja lebih daripada apa yang anda mampu. Kerana itu, ukurlah baju di badan sendiri agar tidak merana di kemudian hari.