Epal Hijau dan Pisang
Smell & Taste Treatment and Research Foundation telah mengeluarkan keputusan kajian mereka dengan mendakwa mereka yang gemuk dan menghidu bau pisang dan epal ketika lapar dapat mengurangkan berat badan lebih banyak daripada mereka yang tidak menghidu langsung aroma buah-buahan tersebut. Bau manis semula jadi yang dikeluarkan oleh buah tersebut dapat mengawal selera makan anda. Selain daripada itu, bau vanila dan pepermin juga membawa fungsi yang sama.