Jangan biarkan paip air dibuka ketika anda mahu memberus gigi. Sebaliknya gunakan gelas untuk membilas kerana ini dapat menjimatkan air memandangkan risiko bencana seperti kemarau boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Penggunaan air yang berlebihan mampu menjejaskan kawasan tadahan air sebelum diproses dan dirawat untuk kegunaan orang ramai.