Jemu dengan pakaian lama? Fikir sebelum anda merancang untuk membuangnya. Berikan sentuhan baru kepada pakaian lama itu dengan beberapa cara seperti menjahit perincian manik, labuci, riben mahupun lace untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik. Selain dapat mengelakkan pembaziran, anda sebenarnya membantu menyelamatkan bumi.