Selepas menempah tiket penerbangan perkara seterusnya ialah membuat tempahan tempat tinggal. Semestinya kita akan memilih tempat tinggal yang selesa dan memudahkan perjalanan kita sepanjang percutian.
Jika anda melancong ke Jakarta, Indonesia, EH! cadangakan anda untuk menetap di Ascott Service Apartment. Mesti anda tertanya kenapa? Berikut EH! senaraikan enam sebab mengapa anda perlu membuat tempahan di service apartment ini.
1. Logistik
Terletak ditengah-tengah kesibukan kota Jakarta, Ascott Jakarta dikelilingi pusat beli-belah ternama iaitu Grand Indonesia dan Plaza Indonesia. Tidak perlu menaiki kenderaan, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Bukan itu sahaja, ia juga terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah Thamrin City yang terkenal dengan menjual pelbagai hasil kraf tangan, kain batik dan baju dengan harga yang berpatutan. Bagi anda yang ingin mencari kain untuk membuat baju kurung, kain langsir, telekung dan bermacam lagi, perjalanan ke Tanah Abang hanya menjambil masa 15 minit ke 20 minit.
2. Layanan Mesra
Kehadiran anda disambut dengan layanan serta senyuman mesra yang diberikan oleh para pekerja membuatkan diri terasa seperti berada dirumah sendiri. Para pekerja yang sentiasa menawarkan pertolongan apabila diperlukan dan senang disapa.
3. Kemudahan Lain
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya restoran, gim, spa, kolam renang dan kedai serbaneka. Semuanya lengkap dan anda boleh menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja. Setelah penat berjalan, apakata anda mencuba urutan tradisonal yang disediakan oleh Ascott Jakarta bagi melegakan segala kepenatan dan mengembalikan semula tenaga anda untuk meneruskan aktiviti yang telah rancangan pada keesokan harinya. Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan atau terus berkunjung ke spa tersebut.
4. Home Sweet Home
Terasa seperti rumah sendiri. Ruangan bilik yang selesa, besar dengan hiasan yang ringkas serta sangat sesuai bagi anda yang mempunyai keluarga besar. Ia dilengkapi dapur yang mana anda boleh memasak sendiri. Selain itu, perkara ini sering menjadi igauan pada kita semua bila melancong. Berapa pasang baju yang perlu dibawa? Cukup atau tidak? Semua itu anda tidak perlu risau kerana Ascott telah menyediakan kemudahan mesin basuh baju dalam bilik untuk anda gunakan. Ruangan lobi yang luas dan selesa menyambut para tetamu yang datang. Anda juga boleh menjamu selera pagi anda dengan menu lazat yang disediakan oleh pihak restoran Ascott seperti nasi goreng, buah-buahan tempatan antara buah salak, hidangan western dan pelbagai jenis jus untuk memberikan tenaga pada anda.
5. Sajian Tempatan
Sebut sahaja nasi padang, bakso, martabak dan lain-lain, semuanya telah terjamu didepan mata, Hanya pilih sahaja yang mana untuk anda cuba dahulu. Anda tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat untuk makan, anda boleh menikmatinya hanya berjalan kaki dan mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja untuk mengisi perut.
6. Kemudahan Pengangkutan Awam
Selain menaiki gojek, grab car atau teksi. Anda juga boleh mencuba menaiki kemudahan awam terbaru di Jakarta iaitu LRT. Ia sangat mudah dan stensennya sangat dekat dengan Ascott. Hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari Ascott ke stesen MRT Bundaran HI. Dari situ anda boleh memulakan perjalanan anda untuk menerokai kota Jakarta.
Tawaran istimewa:
Ascott Star Rewards(ASR) Double 20
*Nikmati tawaran istimewa percutian anda dengan diskaun sebanyak 40 peratus dan memperolehi dua kali ganda mata ganjaran di 175 buah hotel di bawah naungan Ascott Star Rewards(ASR) seluruh dunia iaitu Ascott The Residence, The Crest Collection, Somerset, Citadines, Citadines Connect dan lyf serviced residences and hotels. Tawaran berakhir pada 31hb Mac 2020. Tempoh penginapan dari 1hb Februari 2020 hingga 30hb April 2020.
Kad Keahlian
*Rasai pengalaman seperti rumah anda sendiri dan nikmati kelebihan istimewa dengan menjadi ahli Ascott Star Rewards. Daftar keahlian anda secara percuma dan anda akan memperolehi 2,000 mata ganjaran bonus.