Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Lady Gaga: Bintang Aries
Tahukah anda bahawa bintang kelahiran juga menunjukkan gaya seseorang dalam berfesyen? Setiap bintang kelahiran membawa pelbagai erti dan makna disebalik gaya dan stail yang mereka gunakan setiap hari. Ianya termasuklah citarasa, rona kegemaran, serta gaya yang mereka sukakan.
Ketahui makna fesyen dalam peribadi anda melalui bintang kelahiran.
Aries (21 Mac – 20 April)
Mereka yang berbintang Aries merupakan seorang yang dinamik dan lurus, citarasa fesyen anda juga sangat praktikal, mudah untuk disuai padankan. Item fesyen yang fitted adalah pilihan anda. Anda gemarkan top fitted dipadankan dengan celana panjang, kerana anda sukakan stail yang mudah dan cepat. Aries tidak sukakan pada gaya romantik, merah jambu, dan segala item fesyen yang sangat keperempuanan. Tatkala anda sedang memilih ceraian untuk majlis istimewa, anda hanya letakkan satu objektif sahaja; untuk menarik perhatian ramai dan terpegun melihat gaya anda. Rona pilihan bintang Aries adalah merah, hitam dan tona gelap.
Taurus (21 April – 20 Mei)
Sangat stail dan anda mempunyai obses kepada fesyen. Taurus bermain dengan item fesyen untuk tampil bergaya. Taurus sangat terperinci akan aset dan bentuk badan, jadi sudah pastinya anda tahu bagaimana untuk bergaya dengan hanya sekelip mata. Kesimpulannya, ramai yang memberikan pujian atas fesyen dan stail yang anda cipta, dan semestinya menjadikan anda berbangga dengan diri anda. Taurus tidak hanya mengikuti arus trend, malah anda seorang yang memilih dalam bergaya. Taurus gemarkan baju fit, flowy, kain yang bermaterial jarang dan top pendek kerana anda sukakan bentuk badan anda yang menawan. Anda sukakan rona merah jambu, salmon, peach, motif kebungaan dan alam semulajadi.
Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Persoalan bagaimana Gemini boleh tampil remaja setiap masa adalah kerana mereka sentiasa mengikut arus trend, fesyen, dan apa sahaja yang buatkan anda tampil gah bergaya. Gemini sukakan ceraian yang fitted dan longgar, moden serta hebat dalam melaburkan wang untuk berfesyen tanpa mengambil masa yang panjang. Gemini gemarkan aksesori yang tidak terlalu sarat. Gemini hebat bermain dengan kontra warna ketika bergaya. Malah, skirt pendek, celana jeans antara pilihan Gemini. Stail yang Gemini gayakan sentiasa menjadi pujian ramai kerana tidak pernah old fashion. Rona hijau dan silver menjadi kegemaran buat Gemini.
Cancer (22 Jun – 21 Julai)
Selesa dan chic dalam masa yang sama, itu yang Cancer gemarkan. Dress dengan material ringan serta lembut dalam rona biru gelap atau hitam dan berkilat menjadi pilihan anda. Cancer lebih memilih beg tote kerana anda boleh membawa pelbagai item keperluan di dalam tas tangan anda. Cancer juga sukakan aksesori yang romantik dan lembut. Rona pilihan Cancer selalunya hitam dan putih, pastel, kelabu, dan biru.
Leo (22 Julai – 21 Ogos)
Leo merupakan bintang yang tidak kisah berbelanja lebih untuk berfesyen. Anda seorang yang lebih memilih akan kualiti, fabrik, bermaterial kulit mewah, kelembutan helaian berunsur bulu. Rekaan pereka fesyen terkenal sangat memuaskan hati Leo. Leo juga mempunyai citarasa tinggi untuk aksesori, tas tangan dan barang kemas. Rona kegemaran Leo adalah emas, coklat, kuning atau jingga dan rona seakan berlian.
Virgo (22 Ogos – 22 September)
Chic dan simple adalah gaya peribadi bagi Virgo. Virgo bukannya seorang yang kisah akan jenama dan logo mewah, cukup hanya dengan keselesaan dari pakaian tersebut sudah memadai. Virgo sukakan helaian fesyen yang mudah untuk bergerak tanpa had. Virgo juga boleh dikatakan pakar dalam menyuai padan tas tangan, barang kemas dan kasut untuk menaikkan gaya penampilan yang sentiasa up-to-date. Virgo sukakan rona hitam dan merah, serta merah jambu dan jingga.
Libra (23 September – 22 Oktober)
Libra gemarkan kecantikan. Tidak kira pada dandanan rambut, solekan atau helaian fesyen anda, Libra semestinya hebat untuk tampil menawan dan stail pada setiap masa. Keharmonian dalam berfesyen semestinya penting dalam peribadi anda. Libra sukakan ceraian yang menampakkan susuk tubuh badan anda. Libra juga hebat dalam mengenakan aksesori pada outfit harian untuk lebih bergaya. Libra tidak akan pernah keluar dengan baju tidak bergosok atau kesan kotor. Biru dan merah adalah rona pilihan Libra.
Scorpio (23 Oktober – 22 November)
Scorpio lebih suka tampil lebih seksi dan memukau. Scorpio juga tampil menawan dengan ceraian yang longgar, kulit dan satin dengan potongan seksi. Erti kata lain, Scorpio sentiasa tampil berani. Anda sukakan fesyen yang menarik perhatian ramai, dan teruja dalam mencuba potongan yang baru dalam item fesyen. Untuk aksesori, Scorpio meminati apa sahaja yang bergemerlapan dan unik. Hitam, merah atau putih serta rona-rona energi dan keemasan menjadi pilihan Scorpio.
Sagittarius (23 November – 22 Disember)
Anda merupakan seorang yang gemarkan segala jenis rona dan anda sering bermain dengan rona-rona ketika menggayakan helaian fesyen. Bahkan, Sagittarius juga berani mencuba helaian fesyen yang berinspirasikan budaya Afrika dan India. Minat anda pada budaya mudah dilihat dari segi citarasa barang kemas dan aksesori yang anda sukakan. Anda lebih suka akan barang kemas yang menarik tumpuan ramai.
Capricorn (21 Disember – 19 Januari)
Mereka yang berbintang Capricorn sukakan helaian fesyen yang simple dan potongan yang biasa. Anda bukan seorang yang terlalu mengikuti perkembangan fesyen. Anda mempunyai gaya yang tersendiri, seksi tetapi tetap klasik dan anda kekal dengan prinsip anda tidak kira arus fesyen meninggalkan anda. Anda mempunyai item fesyen yang mewah serta tidak akan pernah ketinggalan dalam dunia fesyen. Rona pilihan adalah hitam, kelabu dan kadang kala biru cerah serta hijau.
Aquarius (20 Januari – 19 Februari)
Jika rakan melihat sesuatu yang baru pada diri Aquarius, sudah pastinya ia antara fesyen baru akan datang. Aquarius sangat hebat dalam dunia fesyen. Tidak seperti mangsa fesyen yang sentiasa mengikuti trend fesyen, tetapi Aquarius merupakan seorang yang mempunyai citarasa dan idea dalam bidang fesyen. Ibarat trendsetter, itulah gelaran yang boleh dipanggil bagi mereka yang berbintang Aquarius. Bahkan, Aquarius tidak takut untuk mencuba gaya lelaki seperti persalinana tuksedo. Anda sukakan rona ungu, violet, biru, hitam dan putih.
Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Berimaginasi tinggi dan Pisces tidak menghiraukan jika menjadi tarikan ramai. Pisces sukakan helaian satin dan baldu dengan ditambah aura feminin. Kasut dan sandal adalah item yang anda gilakan. Pisces juga gemarkan mutiara dan silver. Rona Pisces adalah palet biru, turquoise, ungu dan hijau serta rona mineral.