9. Sagittarius (November 22 – Disember 21)
Hubungan memerlukan perhatian yang sepenuhnya, bukan sambil lewa! Inilah masanya untuk pasangan yang masih baru sahaja “selangkah untuk menjadi lebih serius” untuk bertemu bersama keluarga rapat masing-masing untuk persetujuan orang tua. Komitmen bakal menghangatkan hubungan bersama kekasih anda. Namun, sekiranya anda merasakan segalanya mulai bergerak dengan cepat, tidak mengapa kerana Sagitarius biasanya mencari kebebasan, anda pastinya tidak suka merasa tertekan untuk berkomitmen. Jadi, tenang dan cuba persoalkan semula apa yang anda fikirkan. Adakah anda benar-benar bersedia untuk ini, atau adakah tenaga yang bersemangat atau bersaing mendorong anda untuk terburu-buru? Walaupun senang melakukan beberapa perbincangan mengenai keputusan yang bakal dipilih, anda masih perlu meluangkan masa yang cukup untuk memikirkan perkara dengan jelas.