12. Pisces (Febuari 19 – Mac 20)
Inilah masanya buat anda berasa lebih magnetik dan menarik minat untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan membiarkan diri anda terasa dikongkong. Anda semestinya tidak akan menghargai mereka yang cuba untuk mengawal anda. Bincangkan bersama pasangan anda mengenai masa untuk sendirian atau privasi. Saudara mara yang terlalu demanding, rakan yang needy atau keadaan tegang di rumah boleh mengganggu perancangan romantis anda. Ini mungkin boleh mengganggu emosi anda. Penawar terbaik ialah memberi banyak masa dan ruang pada diri anda sebelum bergegas menguruskan orang lain. Ini adalah masa yang tepat untuk mengikat komitmen, bersantai di rumah dan persekitaran anda atau mencari jalan untuk meningkatkan suasana percintaan.
Artikel Berkaitan: 6 Perkara Wajib Anda Ketahui Tentang Dunia Percintaan