1. Aries (Mac 21 – April 19)
Mungkin anda akan terasa bahawa perasaan anda akan sedikit sensitif dan terbuka. Tidak kira sama ada kekasih ataupun crush anda, ini merupakan peluang terbaik untuk anda membincangkan perasaan anda pada mereka. Pengasingan diri selama setahun yang berpunca daripada pandemik Covid-19 mungkin menyumbang kepada faktor perasaan kesepian anda. Sedikit terapi bicara mungkin berkesan untuk mengatasi masalah yang menyakitkan Pengorbanan dan pencarian jiwa dapat membantu anda dalam mengawal emosi. Biarkan diri anda menjiwai emosi sepenuhnya, dan jika anda merasa terpaut, hubungi orang yang tersayang sebagai sokongan. Anda pastinya akan gembira kerana anda meluahkan perasaan yang terpendam!