2. Taurus (April 20 – Mei 20)
Anda mungkin merasakan fikiran anda akan lebih terbuka dan bebas sepanjang tiga minggu terakhir bulan ini. Jika anda masih ‘swiping’ pada aplikasi dating Tinder anda, kebarangkalian beberapa calon yang berpotensi untuk ‘match’ agak tinggi pada masa ini. Swipe through their DM’s! Perasaan tertarik kepada seseorang yang anda kenal juga akan membuka peluang lebih terbuka untuk merapatkan hubungan. Tetapi, anda juga harus berhati-hati untuk tidak terlalu memberikan kepercayaan. Juga, sentiasa sedar agar tidak terlalu memaksa atau menuntut kehendak hati kepada hubungan masih berlaku dalam fasa yang sedang berkembang. Sekiranya anda sedang move-on atau patah hati, perasaan itu semestinya semakin beransur pulih. Ini adalah masa untuk membiarkan diri anda dihanyutkan oleh khayalan perasaan dan bereksperimen dengan menjadi lebih rentan terhadap emosi anda.