4. Cancer (Jun 21 – Jul 22)
Anda mungkin akan terikat pada tiga minggu pertama bulan Mac dengan berpusing di antara dua keinginan yang sangat berbeza terhadap konflik cinta anda. Membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah peribadi anda antara bekas kekasih sebelum move-on dan membuka pintu kepada peluang baru antara solusi yang terbaik. Belajar daripada kesilapan. Jika tidak, anda hanya mengulangi kesilapan yang sama, hanya dengan orang lain. Buka minda dan hati anda kepada kemungkinan baru, nescaya anda akan membuka peluang untuk dunia percintaan yang jauh beza daripada persepsi skeptikal anda. Hujung bulan ini juga merupakan keputusan terbaik untuk memaafkan kesilapan antara satu-sama lain sebelum anda maju ke hadapan dengan peluang baru. Ini dapat membantu anda untuk menentukan sama ada seseorang mendapat hak untuk menjadi sebahagian daripada hidup anda atau tidak.