Jika menyelam adalah aktiviti ekstrem yang anda geruni tetapi pengalaman untuk menginap di bawah dasar laut semestinya patut anda masukkan dalam senarai lokasi percutian perlu cuba sekali seumur hidup. Bunyi seakan menggerunkan tetapi percayalah sebaik berada di bawah laut, pemandangan yang bakal anda saksikan pasti akan buat anda terpegun dan melupakan rasa takut itu.
Gambar : Shutterstock
Percutian di atas permukaan air semestinya sudah menjadi satu perkara yang biasa untuk masa kini, apa kata kali ini berikan satu kelainan dalam senarai percutian anda dengan menginap di hotel yang dibina di bawah laut. Di sini EH! senaraikan lokasi percutian di dunia yang dibina di bawah laut.