Atlantis, The Palm, Dubai
Buat mereka yang ingin rasai pengalaman bermalam di hotel yang direka di bawah permukaan air, anda patut mula kumpul wang dari sekarang. Underwater Suits di Hotel Atlantis, Dubai adalah satu lokasi berbulan madu yang sangat romantis. Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah bawah laut serta panorama mitos peninggalan purba kota Atlantis. Bahkan, rekaan hotelnya yang cukup mewah yang mana ia direka dengan cermin kaca dari lantai hingga ke siling terus ke Ambassador Lagoon yang penuh dengan ikan jerung serta habitat laut yang lain.