Conrad Maldives Rangali
Sebuah resort mewah di Maldives ini mampu memberikan anda pengalaman tidur dengan fenomena di bawah laut sebagai satu pengalaman yang mesti kena cuba sekali seumur hidup. Dibina sedalam 16.4 kaki di bawah dasar lautan India. Hartanah mewah ini dipercayai adalah residen pertama di dunia yang dibina di bawah air yang dinamakan The Muraka atau ‘karang’ di Maldives dalam bahasa lokal Dhivehi. Ia direka bersambung dengan aras atas menerusi tangga berpusing. Kamar tidur bawah air ini didekorasi dengan katil saiz king, ruang tamu dan kamar mandi.
Sumber : Glam.my