Get ready! Jom cuba 10 gaya potongan rambut yang kian menjadi trend setter dan gaya most-requested tahun!
Adakah anda sedang mencari inspirasi atau mempertimbangkan untuk upgrade gaya rambut? Memilih potongan rambut lelaki bukanlah satu gaya yang sesuai untuk semua. Lebih-lebih lagi, rambut melambangkan kejantanan dan keperibadian anda.
Yang menarik perhatian EH! kali ini, WalterBarberShop juga menyediakan Walter College iaitu Program Latihan Kursus Gunting Rambut yang hanya mengambil masa selama dua bulan sahaja dan mereka akan dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman yang akan menurunkan pelbagai skil menggunting rambut dengan formula pantas.
Ilmu yang diberikan dalam masa yang singkat ini akan diisi dengan panduan juga perkongsian pengalaman yang padat kerana bukan sahaja akan diajar cara menggunting rambut malah bagaimana menguruskan sesebuah kedai, memilih lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan biarpun berbekalkan dengan modal yang kecil.
EH! menyenaraikan 10 potongan rambut terkini yang popular di kalangan lelaki Malaysia.
1. Taper Fade & slick back
Gaya rambut seperti ini sangat sesuai dengan tekstur rambut yang lurus dan lembut. Stail ini memerlukan rambut dipotong terlalu nipis di bahagian tepi.
2. Curly Fade
Buat anda yang memiliki rambut keriting dan ingin mengekalkan tekstur semula jadinya, anda boleh memilih untuk potongan Curly Fade.