What could be wrong in Jonker Street on weekend? Menghabiskan masa hujung minggu di sini nyata lebih ‘festive’ dengan kemeriahan, kebudayaan dan makanan-makanan yang memang tidak akan dapat dijumpa di mana-mana.
Kepanasan di kota Melaka ini tidak menghentikan saya untuk menjelajah dan meneroka setiap café, tempat makanan juga kedai-kedai kraftangan yang terdapat di sektiar kawasan ini, tetapi sebelum itu saya terus ke TIMEZ HOTEL untuk menyegarkan diri sebelum melangkah keluar. Bertempat di Jalan Hang Kasturi, hotel dengan konsep budaya Melaka serba putih ini jadi tempat pertama saya terokai dan bermalam.
Berada lorong antara rumah kedai dan kesebukan malam minggu Jongker Street, TIMEZ HOTEL menarik perhatian ramai dengan keunikan dan rekaan minimalistnya dalam pemilihan tema monokrom yang menyerlahkan ciri-ciri konsep modern heritage.
What’s good? Hotel ini dinsipirasikan dari sejarah keunikan melakan dengan konsep budaya yang diterjemahkan pada seni reka dalaman setiap bilik, antaranya konsep Chinese, Peranakan, British, Dutch dan Portuguese. Kelima-lima konsep ini mewarnai setiap bilik yang terdapat pada butik hotel ini dan saya ditempatkan di bilik bertemakan Dutch.
Kalau sudah tiba di Melaka perkara pertama yang harus diterokai semestinya makanan, dan pada petang itu saya melangkah keluar dan berkesempatan untuk mencuba café juga restoran terbaik sekitar kota bersejarah ini.