Hyatt House yang terletak di Mont Kira ini, bukan sekadar hotel biasa, inilah destinasi yang menjadi pilihan ramai yang mencari ‘hotel’ untuk long stay.
Awal tahun ini saya diundang menginap di Hyatt House yang terletak di pusat tumpu Mont Kiara. Dari penglaman menginap kurang 24 jam itu ada beberapa hal yang boleh saya simpulkan tentang pengalaman saya bermalam di sana.
Kawasan persekitaran Hyatt House di Mont Kiara ini bukan sesuatu yang asing buat penduduk kota, dan bagi saya, saya sendiri kerap melepak di sekitar kawasan ini. Jadi, penginapan di Hyatt House ini sendiri adalah sesuatu yang sangat convenience– dekat dengan pelbagai kemudahan. Pelbagai kedai baik untuk bersantap, menghirup kopi ataupun membeli groceries seperti di Qra, semuanya dekat belaka.
Hyatt House adalah pusat penginapan sempurna buat mereka yang merancang untuk menginap lama di sini. Khabarnya rata-rata yang menginap di sini adalah pelancong luar yang datang ke Malaysia untuk bercuti panjang, menghadiri kursus jangka lama, malah ada juga yang menyambung pengajian jangka pendek.
RUANG SELESA
Terdapat pelbagai jenis bilik ditawarkan di sini, dan saya diberi peluang menginap di kamar One Bedroom Suite Two Queen Beds. Luas dan amatlah selesa, itulah yang boleh saya katakan tentang suite yang diami. Ruang bilik yang luas, lengkap dengan dapur, meja makan dan ruang tamu. Memang cukup lengkap untuk mereka yang datang berkeluarga atau yang mahu menginap lama. Jika duduk bilik hotel biasa lama-lama tak seronok juga, jadi bilik seperti Hyatt House ini adalah alternatif terbaik.
Hyatt House juga menawarkan fasiliti seperti hotel yang lain seperti sarapan pagi, kolam renang, gimnasium dan juga lounge di tingkat atas yang lengkap dengan persembahan live band (Jumaat dan Sabtu).

Bercakap tentang sarapan, apa yang menariknya ialah mereka turut menawarkan pilihan Grab & Go bagi mereka yang mahu bersarapan di dalam bilik atau mereka yang perlu bekejaran ke tempat lain pada waktu pagi. Apa yang anda lakukan hanyalah membuat pesanan sehari lebih awal, dan tentukan jam berapa anda mahu mengambil juadah sarapan. Keesokan hari hanya perlu turun ke kafe, dan ambil makanan yang anda pesan. Semudah dan seringkas itu saja.
SANTAPAN PENUHI SELERA
Kunjungan saya ke sini juga dimeriahkan dengan pelbagai juadah menarik untuk santapan di Gallery Kitchen. Restoran yang terletak di belakang lobi pendaftaran ini menawarkan pelbagai jenis sajian, baik lokal mahupun menu antarabangsa.
Apa yang sempat saya cuba sewaktu ke sini tempoh hari ialah GK Sambal Fried Rice (nasi goreng) yang lengkap dengan sate, udang, ayam goreng dan telur mata. Turut disajikan Chef Joe’s Nostalgic Mini Chicken Bao, Angus Beef Burger dan juga Mixed Green Salad.

SANTAI DI PUNCAK AWAN
Usai menjamu selera malam itu, saya luangkan sedikit masa ke Ten37 Sky Bar. Di sini pelbagai jenis minuman dan juga snek ditawarkan. Suasana dingin dengan hembusan angin, sesi duduk santai lebih menarik dengan persembahan live band. Ketika saya ke sini, ramai pelancong asing memenuhi kerusi, bersantai, berbual sambil menikmati pemandangan malam di sekitar Kuala Lumpur yang sarat dengan cahaya lampu.

Jadi buat anda yang mencari lokasi penginapan yang mudah, tidak jauh dari pusat kota, ruang yang luas, Hyatt House antara yang patut dipertimbangkan. Jika mahu menganjurkan bridal shower, atau mungkin sambutan hari jadi bersama teman-teman rapat atau sekadar mahu overnight, lepak dengan sahabat, inilah tempatnya. Hyatt House mungkin bukan penginapan mewah seperti hotel lima bintang, tapi keselesaan dan kemudahan yang setara.
Jika anda sudah berkira-kira mahu ke sini, boleh klik pautan INI untuk maklumat lanjut.




