Berlangsungnya tayangan perdana filem pendek, ‘I AM WOMAN’ menyaksikan dedikasi kempen eksklusif dengan menampilkan empat personaliti wanita yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing dan cukup memberikan inspirasi kepada wanita.
Biz of RE bersama L’Oreal Professional melalui EH!, GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah kempen eksklusif “I AM WOMAN” yang dilancarkan di Aurum Theatre pada 4 Julai 2023. Merangkap sebuah cerita yang cukup memberi inspirasi dan berpengalaman kepada tetamu, kempen ini membuka lebaran baharu dan berani meraikan wanita dengan tema pakaian, ‘Red Impact’.
Majlis yang penuh gemilang dan raikan wanita, ‘I AM WOMAN’ diserikan bersama persembahan istimewa oleh Tiga Soul dan jambangan bunga dari Hobby Florist KL.
Kuntuman bunga oleh Hobby Florist KL menghiasi penuh majlis ‘I AM WOMAN’, menyaksikan wanita-wanita ini bergaya menawan memakai pakaian tona merah. Majlis digemudi oleh pengarang Glam Malaysia, Amira Azman dan pengarang Harper Bazaar Malaysia, Alisha Azuddin dengan sedikit intipan ucapan oleh Pengarah Kreatif Digital, Nisa Halid. Majlis turut dimeriahkan oleh persembahan khas, @tigasoul dan diakhiri dengan tayangan perdana eksklusif ‘I AM WOMAN’ selama 1 minit di pawagam Aurum Theatre.
Kempen “I AM WOMAN” memperkenalkan empat wanita yang mengagumkan serta mempunyai latar kejayaan dalam industri masing-masing. Mereka adalah Alia Bastamam, Suhaili Michelin, January Low dan Mimi Fly. Bersama L’Oreal Professionnel, mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.
Filem Pendek ‘I AM WOMAN’…
Menampilkan empat wanita yang cukup memberikan inspirasi serta latar kejayaan dalam industri masing-masing, ‘I AM WOMAN’ merupakan sebuah filem pendek terbitan Biz of RE bersama L’Oreal Professionel. Melalui filem dokumentari ini diwarnai bersama penari tradisional, January Low, penyanyi, MimiFly, artis seni, Suhaili Michelin dan pereka fesyen, Alia Bastamam berkongsi tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh mereka pada masa lalu untuk mengecapi kejayaan kini.
Disebalik Tabir ‘’I AM WOMAN’ BLOOPERS…
Bersama krew produksi sepanjang menjalankan penggambaran, filem pendek disebalik tabir ini meperlihatkan gelagat dan karakter peribadi yang cukup mencuit hati akan empat personaliti wanita yang julung kalinya, merakam momen ‘’I AM WOMAN’ bersama Biz of RE dan L’Oreal Professionel.
‘’I AM WOMAN’ BTS…
Saksikan juga adegan behind-the-secnes sekitar penggambaran “I AM WOMAN”:
Baca: #EHklusif: 4 Wanita Hebat ‘‘I AM WOMAN’, Meraikan iNOA by L’Oréal Professionnel