Umum mengenalinya dengan sifat terbuka yang di tunjukkan oleh anak tunggal penyanyi rock Malaysia ini, iaitu Nabila Huda atau lebih dikenali dengan nama Abil. Siapa yang tak terkesan dengan lakonannya? Berilah apa sahaja watak, tidak kira perempuan susah, isteri derhaka, anak yatim, tomboy, mahupun kekasih setia pasti akan dilakonkan dengan begitu baik.
Membina kerjayanya atas hasil usaha sendiri tanpa menumpang populariti dari bapanya, Amy Search, Abil mampu membuktikan dirinya benar-benar berbakat.
Sebagai pelakon, dia tidak lari dari dikejar kontroversi satu per satu. Saya cukup kagum dengan cara Abil handle feedback dari peminatnya tak kiralah positif atau negatif. Kata Abil, jika positif dan berkaitan dengan kerjayanya akan digunakan sebagai rujukan untuk memberikan yang terbaik buat penonton. Dan bagi Abil, rugi jika seseorang itu (termasuk selebriti) hidup dengan mendengar cakap orang, rasa macam hidup dalam penjara.
Untuk cerita lanjut tentang aktres lincah ini, dapatkan majalah EH! edisi Ogos ’13.